{"id":58948,"date":"2020-09-05T14:07:30","date_gmt":"2020-09-05T06:07:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-naib-johan-dendang-syair-duet-peringkat-kebangsaan\/"},"modified":"2020-10-02T16:58:00","modified_gmt":"2020-10-02T08:58:00","slug":"usim-naib-johan-dendang-syair-duet-peringkat-kebangsaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-naib-johan-dendang-syair-duet-peringkat-kebangsaan\/","title":{"rendered":"USIM Naib Johan Dendang Syair Duet Peringkat Kebangsaan\u00a0"},"content":{"rendered":"
KUANTAN, 5 September 2020 \u2013 Berada jauh beribu batu bukanlah halangan untuk mencipta kejayaan. Itulah yang terpahat didada peserta Muhammad Fadhil Arif dan Nurul Hidayah Janna Pendikar apabila dinobatkan sebagai naib johan Pertandingan Akhir Dendangan Syair Duet Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Dagangan Mahkota, Indera Mahkota Kuantan Pahang.<\/p>\n
Muhammad Fadhil Arif dan Nurul Hidayah Janna Pendikar yang berasal daripada Sabah itu tidak menyangka mereka terpilih ke peringkat akhir. Menurutnya Fadhil, \u201cpertandingan terbuka seperti ini membuka peluang kepada bakat-bakat baharu khususnya remaja dan menyuntik semangat untuk terus menghayati seni tradisional.\u201d Fadhil turut menambah bahawa beliau amat meminati syair dan berpengalaman mewakili daerah dalam pertandingan syair peringkat negeri seterusnya mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan pada tahun 2016 dan 2017.<\/p>\n
Sementara itu, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, \u201cDalam menjalani kehidupan norma baharu sebagai siswa Universiti, ianya bukanlah suatu halangan untuk mereka terus menggilap bakat. USIM sentiasa menggalakkan pelajar supaya mencari ruang dan peluang yang bersesuaian untuk meningkatkan skil dan penglibatan mereka dalam aktiviti seumpama ini turut menyumbang kepada profil pelajar.\u201d<\/p>\n
Sementara itu, pasangan duet Nurul Hidayah Janna atau mesra disapa Janna yang sedang mengikuti pengajian tahun satu dalam pengkhususan Pendidikan Islam (Fakulti Pengajian Bahasa Utama) USIM menyifatkan\u00a0 cabaran besar bagi dirinya untuk mencipta nama di peringkat kebangsaan dan berhasrat untuk terus menambah ilmu dalam seni syair tanah air. Beliau amat terharu atas pencapaian yang diperolehi bangga dapat mengharumkan USIM.<\/p>\n
Pertandingan tersebut menyaksikan tujuh finalis berentap untuk merebut gelaran juara Dendang Duet Syair Peringkat Kebangsaan dengan diiringi muzik oleh kombo RTM. Johan pertandingan telah dimenangi Muhammad Affan Muhammad Yunus dan Norakmazulaikha Abdul Khalid manakala tempat ketiga Sulaiman Ismail dan pasangan duetnya Anis Hanisya Sulaiman. \u00a0Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Dato\u2019 Saifudin Abdullah. Pertandingan Akhir Dendang Duet Syair Peringkat Kebangsaan dianjurkan oleh Persatuan Bitara Syair Nusantara (BITARA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah diadili oleh karyawan dan penggiat seni tanah air Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Syed Indera Syed Omar (SISO Kopratasa), Shafa’atussara Silahudin dan Syahidatul Munirah. Hampir 150 tetamu termasuk penggiat seni tradisional hadir menyaksikan pertandingan tersebut dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.<\/p>\n
Disediakan oleh:
\nRozihani Mohamad
\nKetua Unit Pengurusan Dokumentasi dan Kelab Penerbitan Kreatif
\nPusat Kebudayaan USIM<\/p>\n
Dikemaskini oleh:
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n
<\/p>\n
<\/p>\n
<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
KUANTAN, 5 September 2020 \u2013 Berada jauh beribu batu bukanlah halangan untuk mencipta kejayaan. Itulah yang terpahat didada peserta Muhammad Fadhil Arif dan Nurul Hidayah Janna Pendikar apabila dinobatkan sebagai naib johan Pertandingan Akhir Dendangan Syair Duet Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Dagangan Mahkota, Indera Mahkota Kuantan Pahang. Muhammad Fadhil Arif dan Nurul Hidayah […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":58942,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58948"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=58948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":58949,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58948\/revisions\/58949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/58942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=58948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=58948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=58948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}