{"id":60558,"date":"2020-12-22T12:02:28","date_gmt":"2020-12-22T04:02:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/membudayakan-amalan-membaca-usim-wujudkan-9-little-free-library\/"},"modified":"2020-12-27T07:49:32","modified_gmt":"2020-12-26T23:49:32","slug":"membudayakan-amalan-membaca-usim-wujudkan-9-little-free-library","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/membudayakan-amalan-membaca-usim-wujudkan-9-little-free-library\/","title":{"rendered":"Membudayakan amalan membaca, USIM bina 9 Little Free Library"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 22 Disember 2020 &#8211; Membaca itu Jambatan Ilmu, itu adalah peribahasa yang diajarkan kepada kita seawal zaman persekolahan lagi, dan sering kali dipamerkan di dinding-dinding sekolah. Amalan membaca dapat membantu kita menambah ilmu pengetahuan, jika kita rajin membaca, maka bertambahlah pengetahuan kita. Bersempena Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) tahun 2020, Program Pembacaan Persatuan Pustakawan Malaysia telah mengaturkan beberapa aktiviti bermula 2 sehingga 31 Disember dengan libatsama IPTA dan agensi korporat.<\/p>\n<p>Di peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diterajui oleh Jabatan Perpustakaan telah menganjurkan Program Lets Talk: Anda Membaca? yang bersiaran secara langsung melalui platform Facebook USIM TV.<\/p>\n<p>Program yang berlangsung selama dua jam itu menampilkan tiga panel iaitu Puan Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan USIM, Puan Rozana Kamdani Pustakawan Kanan, Encik Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman Pustakawan Kanan. Tiga segmen menarik yang dibincangkan bertajuk \u201cMinat Membaca dan Perpustakaan Keluarga\u201d, \u201cLittle Free Library\u201d dan \u201cBacaan Pantas \/ Speed Reading\u201d.<\/p>\n<p>Menurut Puan Azzah Momin, bagi tahun 2019, perpustakaan Negara\u00a0 Malaysia telah mendaftarkan sebanyak 18, 566 judul buku baharu. Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2014 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca sebanyak 15 hingga 20 buku setahun. Namun jumlah sepatutnya bagi 31.7 juta rakyat Malaysia, dan kadar literasi 93.7%, rakyat Malaysia seharusnya membaca sebanyak 30 buah buku setahun.<\/p>\n<p>&#8220;Tahun 2020 ini merupakan tahun kuarantinkan diri di rumah, maka tidak ada alasan lagi untuk rakyat Malaysia untuk tidak membaca buku. Banyak bahan <em>online<\/em> sama ada disediakan oleh Perpustakaan Negara dan banyak pihak. Untuk tahun 2021-2030 rakyat Malaysia disasarkan untuk menjadi penduduk dunia yang paling banyak membaca dari penduduk negara lain. Kajian menunjukkan penduduk India ditempat teratas iaitu membaca selama 10 jam seminggu\u201d.<\/p>\n<p>Perkongsian oleh Encik Ahmad Yazid Ahmad@Abdul Rahman, Pustakawan Kanan mengenai teknik bacaan pantas, beliau mengatakan sukar untuk menumpukan perhatian apabila pembacaan lebih perlahan daripada kelajuan sebenar yang boleh dicapai oleh akal anda. Konsentrasi bukanlah masalah, masalah utama adalah membaca pada kepantasan yang tidak sepatutnya.<\/p>\n<p>\u201cSelepas latihan yang betul, pembaca pantas yang efisien dan efektif mampu untuk membaca beberapa perkataan sekaligus. Hasilnya mata anda sebenarnya berupaya untuk melihat dan menjangkau beberapa perkataan dengan sekali pandang untuk menjadikan anda pembaca pantas\u201d ujar beliau lagi.<\/p>\n<p>Manakala Puan Rozana Kamdani Pustakawan Kanan berkongsikan mengenai Little Free Library (LFL). LFL membawa maksud \u201ctake a book, leave a book, no due dates, no late fees, no library cards required, the doors are open every day of the week, twenty-four hours a day\u201d. LFL merupakan <em>mini library<\/em> yang menempatkan buku-buku dan bahan bacaan untuk sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Antara lokasi LFL di Malaysia adalah di rumah sendiri, pejabat, universiti, sekolah, tadika dan pusat kegiatan guru.<\/p>\n<p>\u201cSecara keseluruhannya ada lebih kurang 30 LFL yang didaftarkan di Malaysia. Di USIM terdapat 9 LFL yang telah ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu, dan sambutan amat menggalakkan dari kalangan warga USIM khususnya\u201d, ujar Puan Rozana.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nNoorumaina Mohamed Yunus<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-60550\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1-300x168.jpg\" alt=\"\" width=\"416\" height=\"233\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1-200x112.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1-300x168.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1-400x224.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1-600x336.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1-768x430.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1-800x448.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK1-1.jpg 912w\" sizes=\"(max-width: 416px) 100vw, 416px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-60552\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1-300x169.jpg\" alt=\"\" width=\"417\" height=\"235\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1-200x112.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1-400x225.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1-600x337.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1-768x432.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1-800x450.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK3-1.jpg 909w\" sizes=\"(max-width: 417px) 100vw, 417px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-60554\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1-300x168.jpg\" alt=\"\" width=\"418\" height=\"234\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1-200x112.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1-300x168.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1-400x224.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1-600x336.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1-768x430.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1-800x448.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/12\/LETS-TALK4-1.jpg 913w\" sizes=\"(max-width: 418px) 100vw, 418px\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 22 Disember 2020 &#8211; Membaca itu Jambatan Ilmu, itu adalah peribahasa yang diajarkan kepada kita seawal zaman persekolahan lagi, dan sering kali dipamerkan di dinding-dinding sekolah. Amalan membaca dapat membantu kita menambah ilmu pengetahuan, jika kita rajin membaca, maka bertambahlah pengetahuan kita. Bersempena Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) tahun 2020, Program [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":60545,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60558"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=60558"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60558\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":60631,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60558\/revisions\/60631"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/60545"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=60558"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=60558"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=60558"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}