{"id":61102,"date":"2021-01-29T10:58:15","date_gmt":"2021-01-29T02:58:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/penggiat-seni-terus-tabah\/"},"modified":"2021-01-29T10:59:39","modified_gmt":"2021-01-29T02:59:39","slug":"penggiat-seni-terus-tabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/penggiat-seni-terus-tabah\/","title":{"rendered":"Penggiat Seni Terus Tabah"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-center fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-shortcode-image-wrapper imageframe-liftup\"><div class=\"person-image-container dropshadow person-rounded-overflow\" style=\"-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;border:0px solid #f6f6f6;-webkit-box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;\"><img decoding=\"async\" class=\"person-img img-responsive wp-image-59245\" width=\"432\" height=\"600\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/zaini.jpg\" alt=\"Mohd Zaini Othman\" \/><\/div><\/div><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Mohd Zaini Othman<\/span><span class=\"person-title\">Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 3.84%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 3.84%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:calc( 1170px + 0px );margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p>Tempoh sedia ada yang sememangnya sukar telah menjadi lebih sukar buat kita kerana penularan pandemik Covid-19 di dalam negara belum menampatkan akan kembali reda dalam tempoh yang terdekat. Pada satu ketika kita hampir menang apabila kadar jangkitan dapat dikawal, dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula \u2018surut\u2019 menjadi PKP Pemulihan. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, Kerajaan kembali menguatkuasakan PKP di beberapa buah negeri dan kawasan serta mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk mengekang musibah yang lebih buruk kepada rakyat dan negara.<\/p>\n<p>Penulis yang berada di dalam daerah Seremban juga perlu akur dengan penguatkuasaan PKP di daerah Seremban bermula semalam (Selasa, 19 Januari) sehingga 1 Februari nanti. Semestinya apabila sudah berada dalam zon PKP, banyak perkara tidak boleh dibuat, dilarang dan terbatas untuk dilakukan dan keadaan ini mencetuskan pelbagai kesan rantaian yang negatif, paling kritikal pastinya mereka yang mencari pendapatan secara harian.<\/p>\n<p>Ketika negara dilanda gelombang pertama dan kedua Covid-19, ketika itu sudah menyaksikan banyak sektor terjejas dengan teruk sekaligus menjejaskan sektor ekonomi negara dalam skala yang besar. Perniagaan gulung tikar, pekerja diberhentikan dan gaji dipotong antara kisah keluh-kesah rakyat pasca Covid-19 yang semakin terhimpit hidup mereka kerana kehilangan punca pendapatan. Apabila gelombang ketiga Covid-19 sedang membadai negara dengan dahsyat kini dengan kes harian dilaporkan sekitar 3000 kes jangkitan dan pernah melonjak sehingga 4000 kes, pastinya lebih berganda pihak yang terjejas akibat pandemik ini, dari kehidupan yang sukar kini bertukar menjadi perit dan semakin menyulitkan.<\/p>\n<p>Sektor penerbangan, pelancongan dan perhotelan antara yang terkesan dengan teruk dan masih bergelut untuk pulih. Walaupun di kaca televisyen kita melihat masih melihat pelbagai drama dan rancangan hiburan baharu disajikan manakala di corong radio pelbagai lagu terkini dimainkan, hakikatnya bidang hiburan turut sama bergelut untuk terus bertahan. Menurut kaji selidik yang dibuat oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) pada tahun lalu, dilaporkan sebanyak 93 peratus warga penggiat seni dan kru balik tabir terjejas dengan pandemic Covid-19 ini dengan 70 peratus hampir atau hilang punca pendapatan sepenuhnya.<\/p>\n<p>Sememangnya pandemik Covid-19 telah memberikan impak yang signifikan terhadap industri media, seni dan hiburan negara. Impak jangka panjang krisis kewangan dalam industri ini adalah sangat rencam kerana semenjak\u00a0 Mac\u00a0 2020, banyak institusi, organisasi\u00a0 dan syarikat produksi dalam media, seni dan hiburan di seluruh dunia telah ditutup termasuk di Malaysia. Mengambil kira situasi semasa tiga bulan\u00a0 PKP dikuatkuasakan pada tahun lalu di seluruh negara, tiada produksi baharu yang dapat dihasilkan kerana studio atau syarikat produksi perfileman dan drama tidak dapat beroperasi, persembahan pentas seperti teater dan nyanyian pula ditunda mahupan dibatalkan.<\/p>\n<p>Melalui pemerhatian penulis, dalam konteks industri media, seni dan hiburan, arahan penutupan institusi, organisasi dan syarikat produksi serta amalan normal baharu seperti perlu mengelakkan perhimpunan massa dan berada dalam ruang yang sempit, penjarakan fizikal, memakai pelitup separuh muka di tempat awam sebenarnya adalah satu cabaran yang besar\u00a0 kepada penggiat seni. Ia sesuatu yang bertentangan\u00a0 dengan\u00a0 rutin\u00a0 industri\u00a0 seni\u00a0 dan\u00a0 hiburan\u00a0 yang\u00a0 lazimnya\u00a0 memerlukan penggiat\u00a0 seni\u00a0 bersentuhan\u00a0 secara\u00a0 fizikal\u00a0 ketika\u00a0 berlatih,\u00a0 membuat\u00a0 persiapan\u00a0 akhir\u00a0 dan melakukan\u00a0 persembahan. Dek kerana itu mereka yang berada dalam industri seni amat berhati-hati untuk \u2018melabur\u2019 kerana takut pulangannya tidak setimpal atau merugikan.<\/p>\n<p>Apabila membaca laporan di media, ada golongan artis yang mengakui sudah lama tidak menerima tawaran lakonan, nyanyian atau persembahan pentas. Justeru sudah ada yang angkat kaki beralih arah seketika menjadikan bidang lain sebagai sumber pendapatan utama atau sampingan bagi menampung kehidupan. Ada yang menjadi pemandu Grab, penghantar makanan, membuka warung kecil meniaga makanan dan minuman serta memanfaatkan media sosial untuk mempromosikan produk jualan mereka.<\/p>\n<p>Bagi penulis tiada apa yang perlu dimalukan apabila seseorang artis menceburi bidang sebegini kerana ia juga memberikan sumber pendapatan yang berbaloi jika kena gaya. Pada masa yang sama, artis dan penggiat seni lain perlu segera mengadaptasi diri dengan norma baharu demi kelangsungan hidup dan tidak boleh sekadar mengeluh, bersedih dan terus mengharapkan Kerajaan sentiasa membantu. Dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19, kerjasama antara penggiat seni, pengeluar produk seni dan kerajaan perlu disepadukan untuk memanfaatkan kelebihan platform digital bagi\u00a0 memastikan industri seni negara terus bernafas.<\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":12,"featured_media":61099,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61102"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=61102"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61102\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":61103,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61102\/revisions\/61103"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/61099"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=61102"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=61102"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=61102"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}