{"id":61624,"date":"2021-04-07T14:45:25","date_gmt":"2021-04-07T06:45:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/restu-ibu-bapa-rahsia-kejayaan-penerima-anugerah-diraja-di-majlis-konvokesyen-ke-18-usim\/"},"modified":"2021-04-08T15:23:16","modified_gmt":"2021-04-08T07:23:16","slug":"restu-ibu-bapa-rahsia-kejayaan-penerima-anugerah-pelajaran-diraja-di-majlis-konvokesyen-ke-18-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/restu-ibu-bapa-rahsia-kejayaan-penerima-anugerah-pelajaran-diraja-di-majlis-konvokesyen-ke-18-usim\/","title":{"rendered":"Restu ibu bapa rahsia kejayaan penerima Anugerah Pelajaran DiRaja di Majlis Konvokesyen Ke-18 USIM"},"content":{"rendered":"
NILAI, 7 April 2021 \u2013 Bersempena Majlis Pengiystiharan Konvokesyen Ke-18 pada 6 April 2021 di Universiti Sains Islam Malaysia, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM berkenan menganugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada Wan Nur Ira Izyan Wan Izani dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Nur Ain Hannani Hamid dari Fakulti Sains dan Teknologi.<\/p>\n
Wan Nur Ira berkongsi cerita bahawa adik beradiknya lain bermula dari anak kedua hingga keenam sama-sama menyambung pengajian dalam bidang perubatan di USIM. Beliau mengakui bergelar seorang pelajar dalam bidang perubatan menjadikannya seorang yang lebih berjiwa besar serta menghargai setiap detik manis, susah dan senang sepanjang lima tahun pengajiannya di USIM.<\/p>\n Beliau mengakui ibu bapa dan adik beradik menjadi pendorong utama kejayaan kerana mereka tidak jemu-jemu mendoakan kebaikan buatnya dari awal hingga akhir pengajian. Malah, beliau turut menghargai jasa pensyarah dan rakan-rakan pengajian yang sentiasa memberi nasihat dan bimbingan dan sentiasa ada untuknya pada waktu senang dan sukar.<\/p>\n Pernah mengalami pengalaman pahit di tahun lima apabila mengalami kesukaran untuk tidur dan hilang selera makan lalu sukar untuk fokus di dalam kelas telah menjejaskan keputusan peperiksaan, justeru beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor di fakulti untuk bimbingan dan akhirnya kembali pulih dengan azam yang lebih cekal. Beliau yang merupakan presiden pertama USIM One Health Student Club terlibat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan selain bersukan dan menyertai pelbagai persidangan.<\/p>\n \u201cLa Hawla Wala Quwwata Illa Billah\u201d menjadi kata azimat dalam dirinya. Percaya bahawa tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah, beliau turut mengajak rakan-rakan dan penuntut USIM untuk tidak berputus asa untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dalam semua perkara termasuk akademik dan sahsiah diri.<\/p>\n
<\/a>Wan Nur Ira Izyan Wan Izani<\/strong>, 26 tahun,\u00a0 Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri merupakan anak ke-3 daripada tujuh orang adik-beradik menghormati kehendak ibu bapanya untuk melihatnya menjadi seorang doktor. Wan Nur Ira menjadikan kakaknya yang kini menjalani latihan siswazah (HO) di Hospital Kuala Lumpur sebagai inspirasi dan pencetus semangat untuk terus berusaha untuk bergelar doktor.<\/p>\n