{"id":61653,"date":"2021-04-07T22:33:28","date_gmt":"2021-04-07T14:33:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/bekerja-sambil-belajar-cabar-diri-untuk-lebih-maju-dalam-kerjaya\/"},"modified":"2021-04-07T22:52:53","modified_gmt":"2021-04-07T14:52:53","slug":"bekerja-sambil-belajar-cabar-diri-untuk-lebih-maju-dalam-kerjaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/bekerja-sambil-belajar-cabar-diri-untuk-lebih-maju-dalam-kerjaya\/","title":{"rendered":"Bekerja sambil belajar, Cabar diri untuk lebih maju dalam kerjaya"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 7 April 2021 &#8211;\u00a0 Semangat, kesungguhan dan cabaran sepanjang tempoh pengajian merupakan titik tolak kepada graduan ini dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran dan ujian mendatang demi meningkatkan peluang kerjaya dan profesion pada masa akan datang.<\/p>\n<p>Walaupun sibuk dengan tanggungjawab kerja, Ahmad Farid Jamal, 35, dan Renuka A\/P Jayachandran, 32, berpeluang bergelar graduan Sarjana Sains Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Majlis Konvokesyen ke-18 secara sesi Janji Temu.<\/p>\n<p>Ahmad Farid Jamal yang bekerja sebagai Penolong Pendaftar di FST USIM akui pengurusan masa merupakan cabaran yang terbesar dalam memastikan pelajaran dan kerjayanya dapat dilaksanakan dengan terbaik. Pada mulanya beliau bergurau dengan mencabar isterinya untuk bersama-sama menyambung pengajian dalam bidang Sarjana, dan akhirnya berhasil apabila isterinya Sharifah Hendon Salleh turut berjaya merangkul segulung sarjana di Universiti Putra Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKenangan yang tidak dapat dilupakan adalah ketika sibuk dengan tugasan kerja dan perlu menyiapkan <em>assignment<\/em> pada masa yang sama. Saya pernah menyiapkan assignment sehingga jam 4 pagi dan tidur \u2018sekejap\u2019 sementara menunggu untuk bangun jam 6 pagi bersiap untuk ke tempat kerja\u201d, ujarnya.<\/p>\n<p>Bagi Renuka pula, berjalan kaki ke Hospital Ampang dari fakulti di Pandan Indah untuk mengambil sampel projek merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tiada kenderaan sendiri, dan kadang kala saya akan menggunakan perkhidmatan grab car untuk berulang alik ke makmal di Pandan Indah dan menyiapkan tugasan di hospital ketika itu\u201d.<\/p>\n<p>Anak bongsu dari empat beradik ini merupakan Retail Operational Executive di sebuah farmasi di Seremban, dan berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang Doktor Falsafah selepas ini.<\/p>\n<p>Pada Sidang Pertama Majlis Konvokesyen ke-18 USIM secara Janji Temu ini menyaksikan seramai 184 graduan telah menerima skrol Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nNoorumaina Mohamed Yunus<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 7 April 2021 &#8211;\u00a0 Semangat, kesungguhan dan cabaran sepanjang tempoh pengajian merupakan titik tolak kepada graduan ini dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran dan ujian mendatang demi meningkatkan peluang kerjaya dan profesion pada masa akan datang. Walaupun sibuk dengan tanggungjawab kerja, Ahmad Farid Jamal, 35, dan Renuka A\/P Jayachandran, 32, berpeluang bergelar graduan Sarjana Sains [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":61648,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61653"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=61653"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":61655,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61653\/revisions\/61655"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/61648"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=61653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=61653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=61653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}