{"id":61697,"date":"2021-04-10T03:19:02","date_gmt":"2021-04-09T19:19:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/graduan-media-baharu-usim-mendapat-tempat-di-industri\/"},"modified":"2021-04-13T16:11:07","modified_gmt":"2021-04-13T08:11:07","slug":"graduan-media-baharu-usim-mendapat-tempat-di-industri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/graduan-media-baharu-usim-mendapat-tempat-di-industri\/","title":{"rendered":"Graduan Media Baharu USIM, Mendapat Tempat di Industri"},"content":{"rendered":"
NILAI, 9 April 2021 – Teknologi media baharu kini semakin popular dan mendapat tempat di sektor industri media digital khususnya. Tidak dinafikan medium seperti sosial media menjadi alat perhubungan komunikasi dalam menyampaikan informasi yang pantas samada sebagai perhubungan sosial mahupun perniagaan. Cabaran dan saingan dalam sektor ini menjadikan graduan perlu merebut peluang dengan mencungkil kreativiti, tingkatkan kepakaran masing-masing bagi mendepani budaya media digital masakini.<\/p>\n
Sempena Majlis Konvokesyen ke-18 USIM, seramai 33 graduan sulung Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan kepujian telah diraikan dengan cemerlang pada tahun ini.<\/p>\n
Ternyata, kebolehpasaran graduan USIM berada pada tahap yang membanggakan seperti yang diucapkan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, dimana pada tahun 2019 sebanyak 93% Kebolehpasaran Graduan (GE) dicatatkan, iaitu peningkatan sebanyak 28.9% berbanding pada tahun sebelumnya.<\/p>\n
Bagi saudara Faiz Irsyad Nasrul Hisham, beliau kini sedang berkhidmat sebagai Digital Content Executive di salah sebuah syarikat produksi Di Damansara.<\/p>\n
Jelas beliau, pembelajaran di kuliah serta penglibatan program-program universiti banyak memberi pengalaman serta pendedahan dengan situasi sebenar di alam pekerjaan. Walaupun ia merupakan pengalaman kerja yang pertama, Faiz mennyahut cabaran dengan mencuba \u2018benda baru\u2019 apabila diberi tanggungjawab untuk mengendalikan \u2018live show\u2019 yang diterbitkan oleh syarikat di tempat beliau bekerja.<\/p>\n
Manakala saudara Muhammad Nazirul Amin Shamzuri, 24, juga telah ditawarkan pekerjaan \u00a0sebagai Penyunting Video di salah sebuah NGO kemanusiaan sejurus selepas beliau tamat latihan industri di Astro pada tahun lepas.<\/p>\n
Kemahiran dan penglibatan beliau sebagai salah seorang ahli dalam menghasilkan content digital<\/em> semasa Majlis Konvokesyen USIM dua tahun berturut-turut, serta merupakan penyunting<\/em> dan pengarah <\/em>penghasilan video Raya USIM merupakan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.<\/p>\n Anak kedua dari enam beradik ini, bercita-cita untuk menjadi seorang Pengarah Filem dan merancang untuk terus memperkembangkan kerjaya dan fokus dalam bidang content digital<\/em>.<\/p>\n \u201cSaya amat meminati bidang Public Relation dan bercita-cita untuk menjadi seorang entertainer di luar sana\u201d ujar Zulkifli Baharudddin yang telah mendapat Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Ikon Seni Fakulti pada tahun 2019.<\/p>\n Beliau kini berkhidmat di Bahagian Public Relation FINAS sejurus selepas beliau tamat latihan industri di sana.<\/p>\n