{"id":61789,"date":"2021-04-19T13:10:26","date_gmt":"2021-04-19T05:10:26","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/selepas-konvo-depan-rumah-iskandar-naik-pentas-terima-anugerah-daripada-canselor\/"},"modified":"2021-04-19T13:11:40","modified_gmt":"2021-04-19T05:11:40","slug":"selepas-konvo-depan-rumah-iskandar-naik-pentas-terima-anugerah-daripada-canselor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/selepas-konvo-depan-rumah-iskandar-naik-pentas-terima-anugerah-daripada-canselor\/","title":{"rendered":"Selepas \u2018Konvo\u2019 Depan Rumah, Iskandar Naik Pentas Terima Anugerah daripada Canselor"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 16 April 2021 \u2013 Sekadar berkongsi sekeping gambarnya tersenyum gembira menerima skrol ijazah yang \u2018disampaikan\u2019 oleh Abang J&amp;T di depan rumahnya di akaun Twitter, Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar,24, tidak menyangka ia akan menjadi tular di media sosial sehingga dijadikan berita oleh laman portal berita online. Hantaran gambar dengan caption \u2018Alhamdulillah, done degree\u201d yang dibuat sekitar Disember tahun 2020 itu mendapat lebih lapan ribu tanda suka dan seribu lebih perkongsian semula di media sosial terbabit.<\/p>\n<p>Iskandar yang merupakan graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara graduan universiti awam dan swasta yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 apabila kebanyakan intitusi pengajian tinggi menangguhkan pelaksanaan majlis konvokesyen masing-masing pada tahun lalu.<\/p>\n<p>Memandangkan Majlis Konvokesyen USIM ditangguhkan ketika itu, beliau dan rakan-rakan yang lain menerima skrol ijazah masing-masing hanya dengan mengambilnya di kampus atau menerimanya melalui perkhidmatan pos. \u201cPastinya sedih tiada Majlis Konvokesyen ketika itu, jadi saya ambil gambar menerima skrol dengan Abang J&amp;T untuk dijadikan momen manis telah berjaya\u00a0 menamatkan pengajian dan saya kongsikan di media sosial. Tidak sangka ia menjadi tular dalam masa yang singkat dan mendapat komen yang positif dan kata semangat daripada warganet\u201d<\/p>\n<p>Selepas \u2018konvo\u2019 di depan rumah, Iskandar akhirnya berpeluang di raikan dalam majlis konvokesyen yang sebenar oleh USIM. Lebih bermakna buat dirinya dan keluarga apabila beliau menaiki pentas utama untuk menerima anugerah daripada DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar baru-baru ini. Majlis Konvokesyen Kali Ke-18 USIM yang akan berakhir pada Ahad ini telah disempurnakan pembukaannya oleh DYMM Tuanku Aishah selaku Canselor USIM pada 6 April lalu bertempat di Dewan Tuanku Canselor.<\/p>\n<p>Pada majlis ini, Iskandar yang berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dengan memperoleh Ijazah Kelas Pertama selain turut aktif dalam aktiviti badan pelajar dan kokurikulum di universiti dipilih sebagai penerima Anugerah Canselor. \u201cBersyukur dapat juga diraikan dalam Majlis Konvokesyen walaupun tidak dalam suasana majlis kebiasaannya. Setelah sekian lama tertangguh, kesediaan universiti untuk menganjurkan majlis konvokesyen untuk kami secara langsung merupakan satu bentuk penghargaan USIM kepada para graduannya\u201d.<\/p>\n<p>Sedang melanjutkan pengajian kini dalam Diploma Lanjutan Kehakiman dan Guaman Syarie, beliau yang pernah menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kelab Debat dan Sekretariat Pelajar Fiqh dan Fatwa menjadikan tip bijak mengatur masa dan tidak bertangguh melakukan sesuatu kerja sebagai rahsia kejayaannya. Menyimpan cita-cita untuk menjadi Hakim Mahkamah Syariah, Iskandar teguh berpegang kepada satu nasihat yang menjadi pedomannya selama ini iaitu \u201cBersaing bukan berlawan, kerana berlawan sifatnya menjatuhkan tetapi bersaing perlukan kita lebih baik daripada orang lain. Percayalah usaha tak akan mengkhianati hasil\u201d. TAMAT<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nMohd Zaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-61781\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2-268x300.jpg\" alt=\"\" width=\"268\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2-200x224.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2-268x300.jpg 268w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2-400x448.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2-600x672.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2-768x860.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2-800x896.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR2.jpg 847w\" sizes=\"(max-width: 268px) 100vw, 268px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-61783\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3-300x220.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"220\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3-200x147.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3-300x220.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3-400x293.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3-600x440.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3-768x563.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3-800x587.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/ANUGERAH-CANSELOR3.jpg 964w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 16 April 2021 \u2013 Sekadar berkongsi sekeping gambarnya tersenyum gembira menerima skrol ijazah yang \u2018disampaikan\u2019 oleh Abang J&amp;T di depan rumahnya di akaun Twitter, Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar,24, tidak menyangka ia akan menjadi tular di media sosial sehingga dijadikan berita oleh laman portal berita online. Hantaran gambar dengan caption \u2018Alhamdulillah, done degree\u201d yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":61786,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61789"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=61789"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61789\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":61790,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61789\/revisions\/61790"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/61786"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=61789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=61789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=61789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}