{"id":63497,"date":"2021-07-16T07:54:41","date_gmt":"2021-07-15T23:54:41","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/aplikasi-fiqh-banjir-untuk-kemudahan-umat-islam-ketika-musibah-banjir-dr-irwan-mohd-subri\/"},"modified":"2021-07-16T07:58:34","modified_gmt":"2021-07-15T23:58:34","slug":"aplikasi-fiqh-banjir-untuk-kemudahan-umat-islam-ketika-musibah-banjir-dr-irwan-mohd-subri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/faces-of-usim-ms\/aplikasi-fiqh-banjir-untuk-kemudahan-umat-islam-ketika-musibah-banjir-dr-irwan-mohd-subri\/","title":{"rendered":"Aplikasi \u2018Fiqh Banjir\u2019 untuk kemudahan umat Islam ketika musibah banjir- Dr Irwan Mohd Subri"},"content":{"rendered":"<div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container hundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"width:calc( 100% + 0px ) !important;max-width:calc( 100% + 0px ) !important;margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column fusion-flex-align-self-flex-start fusion-column-no-min-height\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><style type='text\/css'>.reading-box-container-1 .element-bottomshadow:before,.reading-box-container-1 .element-bottomshadow:after{opacity:0.10;}<\/style><div class=\"fusion-reading-box-container reading-box-container-1\" style=\"margin-top:0px;margin-bottom:84px;\"><div class=\"reading-box element-bottomshadow\" style=\"background-color:#f6f6f6;border-width:1px;border-color:#f6f6f6;border-top-width:3px;border-top-color:var(--primary_color);border-style:solid;\"><div class=\"reading-box-additional\">\n<p>Berikutan musibah banjir yang pernah melanda negara pada beberapa tahun lalu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr Irwan Subri dan pasukannya membangunkan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai Aplikasi \u2018Fiqh Banjir\u2019.<\/p>\n<p>Berperanan sebagai ahli masyarakat dan kepakaran sebagai ahli penyelidik, Dr Irwan Subri menyifatkan pendekatan kajiannya bersama pasukan adalah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab kepada saudara seIslam. Justeru, aplikasi \u2018Fiqh Banjir\u2019 dibangunkan sebagai panduan asas kepada umat Islam bagi menjalankan ibadah ketika berdepan musibah.<\/p>\n<p>Ketika ditemui, Dr Irwan Subri menerangkan aplikasi tersebut bukan hanya untuk mangsa banjir tetapi boleh dimanfaatkan oleh petugas dan sukarelawan yang membantu semasa di lokasi penempatan mangsa banjir. Ikuti temu bual yang disediakan.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">Q1<\/span> <strong>Bagaimana tercetusnya idea untuk membangunkan aplikasi ini?<\/strong><\/p>\n<p>Idea ini tercetus susulan bencana banjir yang melanda negara di beberapa buah negeri pada tahun 2014. Melihat kepada <em>trend <\/em>bantuan semasa banjir pada waktu itu, banyak bantuan diberikan oleh badan-badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan sumbangan individu berupa bantuan makanan asas, alat ubat-ubatan dan pakaian. Justeru, saya bersama rakan penyelidik mengambil peluang meneroka aspek lain untuk membantu, lalu membuat keputusan menjalankan penyelidikan berkaitan fiqh banjir.<\/p>\n<p>Permulaan pada masa itu, saya bersama rakan-rakan ke pusat pemindahan mangsa banjir di Temerloh Pahang dan Daerah Maran untuk berjumpa dengan mangsa banjir, petugas dan sukarelawan. Dari situ kami meninjau dan mengetahui apakah isu fiqh atau aqidah yang kerap berbangkit di pusat-pusat pemindahan banjir. Hasilnya, kami menemui lima dapatan berkenaan isu fiqh yang perlu diberi penyelesaian, oleh itu panduan dalam aplikasi ini dibangunkan untuk memberi kemudahan dan kefahaman kepada mangsa banjir yang terlibat.<\/p>\n<p>Alhamdulillah, pada tahun 2015, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan satu geran khas dinamakan FRGS banjir dan kami manfaatkan peluang tersebut sebaiknya.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-2\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">Q2<\/span> <strong>Apakah isu fiqh berbangkit dari hasil tinjauan di pusat pemindahan mangsa banjir?<\/strong><\/p>\n<p>Pada peringkat permulaan penyelidikan, kami mendapat antara 30 hingga 40 set jawapan maklum balas seterusnya semasa menjalankan kajian di Temerloh kami berjaya mendapat maklum balas daripada sekitar 400 orang.<\/p>\n<p>Berpandukan tinjauan tersebut, kami berpandangan isu fiqh yang timbul di kebanyakan pusat pemindahan banjir hampir sama. Pertamanya dari segi bersuci yang mana timbul persoalan daripada mangsa banjir dan petugas tentang apakah boleh menggunakan air banjir untuk tujuan bersuci atau berwuduk bila mana tiada sumber air bersih untuk mereka gunakan. Kedua berkenaan penjagaan aurat dan pergaulan, yang boleh kita lihat kebiasaannya mangsa banjir akan ditempatkan di dewan sekolah yang bercampur jantina perempuan dan lelaki yang boleh menimbulkan ketidakselesaan-lebih lagi kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan.<\/p>\n<p>Isu ketiga berkenaan ibadah solat tentang adakah petugas boleh melakukan solat jamak dalam keadaan yang tidak menentu semasa banjir. Ia pastinya memerlukan jawapan kukuh sama ada boleh menunaikan solat jamak tanpa qasar ataupun tidak. Keempat berkenaan pengurusan jenazah yang menghadapi masalah bagi mengurus jenazah dan kelima melibatkan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang mengambil hak dan barangan sumbangan mangsa banjir tanpa izin.<\/p>\n<p>Melalu tinjauan, penerokaan dan kajian sebenar, kami juga ke Pulau Pinang bagi mengumpul data yang baharu, di mana sahja tinjauan kami, dapatan yang diperolhi adalah sama daripada mangsa banjir.Justeru, pihak kami penyelidik dari IFFAH, telah menghasilkan satu garis panduan ibadat Ketika banjir.garis panduan ini merangkumi 5 isu tersebut yang diinovasikan dalam bentuk aplikasi versi android untuk mkemudahan masyarakat islam khususnya mangsa yang berada di pusat pemindahan banjir yang sesuai untuk petugas dan sukarelawan yang membantu di pusat pemindahan banjir.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-3\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">Q3<\/span> <strong>Bilakah aplikasi ini dilancarkan?<\/strong><\/p>\n<p>Aplikasi ini dibangunkan sejak tahun 2016, dalam bentuk garis panduan umum dan sekitar tarhun 2017 pula kami bangunkan aplikasi untuk rujukan masyarakat. Aplikasi ini telah pun dipertandingkan dalam pertandingan i-Inova di USIM dan alhamdulillah telah mendapat pingat perak selain mendapatkan maklumbalas positif daripada pengguna.<\/p>\n<p>Hanya carian \u2018Fiqh Banjir\u2019 di <em>Playstore<\/em> akan menyenaraikan lima bab untuk masyarakar mengetahui lanjut berkaitan persoalan berkaitan. Kandungan informasinya pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-4\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">Q4<\/span> <strong>Adakah pembangunan ini mendapat kerjasama agensi lain?<\/strong><\/p>\n<p>Pihak kami telah membentangkan garis panduan ini kepada panel kajian Syariah JAKIM dan telah mendapat maklumbalas untuk penambahbaik kandungan aplikasi, Namun besar harapan kami untuk mendapat kerjasama dan sokongan daripada agensi agama peringkat negeri. Kebiasaannya bila berlaku bencana banjir, Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) antara agensi yang terlibat secara langsung. Di PPMB akan ditempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Psikologi yang bertugas bagi membantu memberi khidmat nasihat dan kaunseling.<\/p>\n<p>Mengapa tidak menempatkan Pegawai Agama di lokasi penempatan mangsa banjir untuk memberi nasihat keagamaan, memimpin solat jemaah, melaksanakan aktiviti keagamaan seperti kuliah agama dan kelas pengajian al-Quran dan lain-lain. Ini adalah kerana terdapat situasi mangsa banjir ditenggelami air selama dua minggu dan mangsa banjir tergendala membuat urusan beribadah kerana tiada rujukan khas tentangnya. Inilah masanya untuk kita sama membantu memenuhi kehendak rohani selain keperluan fizikal.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-5\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">Q5<\/span> <strong>Harapan dan perancangan masa depan?<\/strong><\/p>\n<p>Aplikasi fiqh banjir ini juga dijadikan sebagai rujukan oleh pihak JAKIM. Justeru, pada masa akan dantang kami berharap agar dapa bekerjasama dengan Jabatan Agama untuk memperkemaskan lagi aplikasi ini sebagai panduan umat Islam. Kami merancang untuk menyediakan panduan ini dalam bentuk booklet untuk diinovasikan dalam kit panduan yang di dalamnya dilengkapi set set al-Quran\/Iqra&#8217;, kit spray wuduk, kit tayammum dan keperluan beribadah yang lain.<\/p>\n<p>Semoga usaha kecil seperti ini dapat membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang pastinya dalam keadaan tidak cukup. Inilah masa untuk kita mempamerkan rasa kebersamaan bak kata pepatah \u2018yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing\u2019.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-fullwidth.fusion-builder-row-1 { overflow:visible; }.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":12,"featured_media":69866,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[254],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63497"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=63497"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63497\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":63498,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63497\/revisions\/63498"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/69866"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=63497"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=63497"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=63497"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}