{"id":64261,"date":"2021-08-04T12:51:48","date_gmt":"2021-08-04T04:51:48","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/pelajar-baharu-program-tamhidi-usim-sesi-akademik-2021-2022-jalani-taaruf-secara-dalam-talian\/"},"modified":"2021-08-04T13:43:01","modified_gmt":"2021-08-04T05:43:01","slug":"pelajar-baharu-program-tamhidi-usim-sesi-akademik-2021-2022-jalani-taaruf-secara-dalam-talian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/pelajar-baharu-program-tamhidi-usim-sesi-akademik-2021-2022-jalani-taaruf-secara-dalam-talian\/","title":{"rendered":"Pelajar Baharu Program Tamhidi USIM sesi Akademik 2021\/2022 jalani taaruf secara dalam talian"},"content":{"rendered":"

NILAI, 4 Ogos 2021 – Seramai 921 orang pelajar baharu Program Tamhidi Sesi Akademik 2021\/2022 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjalani sesi Taaruf secara dalam talian mulai 5 hingga 8 Ogos 2021.<\/p>\n

Pelajar baharu Program Tamhidi ini telah mula mendaftar secara dalam talian bermula 1 hingga 3 Ogos 2021. Sebanyak empat program yang ditawarkan iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi dan Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains.<\/p>\n

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Taaruf berkata, pelajar akan menggunakan kaedah Taaruf secara dalam talian menggunakan platform Global Open Access Learning System (GOALS) berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara dan tertakluk kepada arahan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar perlu melengkapkan taaruf secara dalam talian selama 5 jam dan antara segmen baharu yang diperkenalkan adalah SOP Covid-19 dan Taklimat Etika di Media Sosial.<\/p>\n

\u201cWalaubagaimanapun seramai 28 orang pelajar yang berkeperluan untuk berada\u00a0 di kampus secara fizikal telah mendaftar masuk mulai hari ini dan 15 Ogos 2021. Kemasukan ini berdasarkan kepada 6 Kategori \u00a0Pelajar\u00a0 Bekeperluan Khas bagi Kemasukan Pelajar ke Kampus Secara Fizikal Mulai 1 Mac 2021 oleh pihak KPT.\u201d katanya.<\/p>\n

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu Program Tamhidi dan mengharapkan agar pelajar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam era pandemik yang mencabar ini.<\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

 <\/p>\n

Disediakan oleh:
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 4 Ogos 2021 – Seramai 921 orang pelajar baharu Program Tamhidi Sesi Akademik 2021\/2022 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjalani sesi Taaruf secara dalam talian mulai 5 hingga 8 Ogos 2021. Pelajar baharu Program Tamhidi ini telah mula mendaftar secara dalam talian bermula 1 hingga 3 Ogos 2021. Sebanyak empat program yang ditawarkan […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":64248,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64261"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=64261"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64261\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":64262,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64261\/revisions\/64262"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/64248"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=64261"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=64261"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=64261"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}