{"id":65196,"date":"2021-10-11T11:30:09","date_gmt":"2021-10-11T03:30:09","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/2774-pelajar-baharu-sarjana-muda-usim-sesi-akademik-2021-2022-jalani-taaruf-secara-dalam-talian\/"},"modified":"2021-10-13T17:32:00","modified_gmt":"2021-10-13T09:32:00","slug":"2774-pelajar-baharu-sarjana-muda-usim-sesi-akademik-2021-2022-jalani-taaruf-secara-dalam-talian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/2774-pelajar-baharu-sarjana-muda-usim-sesi-akademik-2021-2022-jalani-taaruf-secara-dalam-talian\/","title":{"rendered":"2,774 Pelajar baharu Sarjana Muda USIM sesi akademik 2021\/2022 jalani taaruf secara dalam talian"},"content":{"rendered":"
NILAI, 11 Oktober 2021 – Seramai 2,774 orang pelajar baharu program Sarjana Muda Sesi Akademik 2021\/2022 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selesai menjalani sesi Taaruf secara dalam talian yang bermula pada 7 hingga 10 Oktober 2021 menerusi platform Sistem Global Open Access Learning System<\/em> (GOALS) USIM.<\/p>\n Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Taaruf berkata, Pelajar baharu Sarjana Muda ini telah mula mendaftar secara dalam talian bermula \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02 hingga 5 Oktober 2021. Pelajar telah menggunakan kaedah Taaruf secara dalam talian berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara dan tertakluk kepada arahan semasa dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).<\/p>\n \u201cPelajar perlu melengkapkan Taaruf secara dalam talian selama lima (5) jam dan antara segmen-segmen di dalam sesi Taaruf yang perlu diikuti adalah Naratif HEPA, Lonjakan Kuantum dan Naratif Fakulti\u201d ujarnya.<\/p>\n \u201cSeramai 2,445 orang pelajar baharu dan sedia ada (kategori pelajar berkeperluan) akan mendaftar di kampus secara fizikal mulai 15 Oktober ini dengan mengambil kira pelajar tersebut telah melengkapkan dua (2) dos vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan vaksin\u201d.<\/p>\n \u201cDijangkakan juga, kemasukan secara fizikal ini akan meningkat berikutan proses kemasukan ini akan dibuat secara berperingkat mengikut SOP yang disediakan\u201d, ujarnya lagi.<\/p>\n Beliau turut mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu Program Sarjana Muda dan berharap pelajar dapat memberikan komitmen dan menumpukan sepenuhnya perhatian dalam pelajaran serta mengambil peluang untuk terlibat dengan aktif dalam apa jua program yang dianjurkan oleh universiti walaupun dalam era pandemik yang memberi kelainan dan suasana baru.<\/p>\n <\/p>\n Disediakan oleh:
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n