{"id":65326,"date":"2021-10-25T00:49:41","date_gmt":"2021-10-24T16:49:41","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/bahana-berita-palsu\/"},"modified":"2021-10-25T00:53:06","modified_gmt":"2021-10-24T16:53:06","slug":"bahana-berita-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/bahana-berita-palsu\/","title":{"rendered":"Bahana berita palsu"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-center fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-shortcode-image-wrapper imageframe-liftup\"><div class=\"person-image-container dropshadow person-rounded-overflow\" style=\"-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;border:0px solid #f6f6f6;-webkit-box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;\"><img decoding=\"async\" class=\"person-img img-responsive wp-image-65320\" width=\"148\" height=\"199\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/PM-Dr.-Rosni-Samah.jpg\" alt=\"Profesor Dr. Rosni b. Samah \" \/><\/div><\/div><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Profesor Dr. Rosni b. Samah <\/span><span class=\"person-title\">Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama<\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 3.84%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 3.84%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:calc( 1170px + 0px );margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p><span data-contrast=\"auto\">Bahasa\u00a0merupakan alat komunikasi sesama masyarakat yang\u00a0mencerminkan budaya hidup sesuatu masyarakat dan merupakan pengukur keperibadian seseorang individu.\u00a0Ia bukan setakat alat untuk berkomunikasi tetapi mencerminkan akhlak seseorang\u00a0penutur. Bahasa yang baik dan bersopan membawa makna perilaku atau tingkah laku seseorang individu yang baik dari segi gerak-geri, tutur kata dan sikap.\u00a0Pada hari ini bahasa boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, gambar dan isyarat yang boleh tersebar dengan pantas dalam pelbagai bentuk media sosial. Bahasa yang baik boleh memberi informasi dan manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bahasa boleh\u00a0menjadi fitnah dan konfrontasi dalam masyarakat jika tidak menepati realiti.<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Sudah menjadi tradisi Islam, ulama-ulama sufi memberi peringatan untuk menjaga lidah yang merupakan alat\u00a0pertuturan.\u00a0Pada hari ini masyarakat di samping menjaga lidah, mereka hendaklah menjaga jari-jemari yang merupakan alat penulisan dalam media sosial. Secara verbal mungkin masyarakat merasa berat menuturkan bahasa yang tidak baik. Sebaliknya melalui penulisan mereka bebas dan lancar menulis bagi mengungkapkan sesuatu yang tersirat dalam pemikiran mereka tanpa berfikir panjang dan merasa malu dengan tindakan tersebut. Justeru itu, media sosial menjadi wadah bagi meluahkan perasaan dan pemikiran yang negatif.<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Daripada Abu Hurairah RA berkata; pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW:\u00a0\u201cWahai Rasulullah, sesungguhnya si\u00a0Fulanah\u00a0rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan pelbagai kebaikan dan bersedekah. Dalam masa yang sama beliau suka mengganggu jiran-jiran dengan bahasanya?\u201d.\u00a0Lalu\u00a0\u00a0Rasulullah SAW\u00a0bersabda:\u00a0\u201cTiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka\u201d. Mereka bertanya lagi, \u201cSesungguhnya si\u00a0Fulanah\u00a0(yang lain) mengerjakan hanya solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu\u00a0seorangpun?\u201d. Rasulullah SAW bersabda:\u00a0\u201cDia termasuk penghuni syurga\u201d. (Sahih Bukhari dalam\u00a0al-Adab\u00a0al-Mufrod: 119) Status: Hadis Sahih.<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Hadis ini menunjukkan bahawa\u00a0betapa pentingnya bahasa dalam menentukan seseorang itu masuk ke\u00a0dalamm\u00a0syurga tau neraka. Seseorang akan ditempatkan ke\u00a0dalam syurga atau neraka\u00a0tidak semata-mata\u00a0bergantung\u00a0kepada\u00a0banyak\u00a0atau sedikit\u00a0amal\u00a0fardhu\u00a0dan sunat\u00a0yang dilakukannya, tetapi melalui bahasa yang dituturkannya.\u00a0Bahkan\u00a0orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan dan bersedekah,\u00a0dimasukkan ke dalam\u00a0neraka kerana menyakitkan jiran dengan bahasanya.<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Pada hari ini dosa bahasa banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan tomahan, adu domba, umpatan, kejian dan fitnah lebih mudah menularkan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pembuat fitnah dan pencela dalam surah al-Humazah yang bermaksud: Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela. Menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith perkataan \u201cLumazah\u201d bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya. <\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Bertolak dari balasan yang disebutkan ini, marilah kita sama-sama memelihara bahasa dengan tidak mengira bentuk penyampaiannya sama ada secara verbal atau tulisan. Sesungguhnya dosa bahasa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang sahaja, namun dosa tulisan berkekalan dan tersebar meluas ke seluruh dunia tanpa sempadan.<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: \u201cSiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berkata baik atau diam. <\/span><span data-contrast=\"none\">Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah memuliakan jirannya. Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah memuliakan tetamunya.\u201d Diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Hadis ini menjelaskan bahawa orang yang beriman wajib memelihara bahasanya dari mengumpat dan mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Begitu juga wajib menjauhkan dirinya dari membuat fitnah sama ada melalui bahasa yang dituturkannya mahupun yang berbentuk tulisan atau isyarat.<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Islam adalah agama rahmat kepada umatnya yang mengajar mereka untuk tidak menyalah gunakan bahasa seperti mengumpat, membuka aib, atau memfitnah orang lain. Siapa yang menutup aib saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda: &#8220;Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat.&#8221; (Sunan Ibnu Majah).<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Orang yang gemar membicarakan keaiban orang lain, sebenarnya tanpa disedari beliau sedang memperlihatkan keperibadiannya sendiri. Semakin banyak aib yang disebarkan, semakin jelas keburukan diri si penyebar. Allah mengingatkan kepada golongan ini dengan firmanNya yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19)<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Berhubung dengan\u00a0penjagaan\u00a0bahasa, Allah\u00a0memberi panduan dengan\u00a0menggambarkan\u00a0bahasa\u00a0sebagai sepohon kayu yang subur. Akarnya padat dan kuat mencengkam bumi dan dahannya rendang menegak ke langit serta mengeluarkan buah yang baik untuk kebaikan\u00a0makluk\u00a0di dunia. Firman Allah\u00a0yang bermaksud:<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai\u00a0sepohon yang baik, akar tunjangnya tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.\u00a0(Ibrahim\/ 24)<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Ia mengeluarkan buahnya pada setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah\u00a0membuat\u00a0perbandingan itu untuk manusia,\u00a0 supaya mereka beringat.\u00a0(Ibrahim\/ 25)<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Dan perbandingan kalimah yang buruk seperti pohon yang tidak berguna yang\u00a0terjungkit\u00a0akar-akarnya dari bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.\u00a0(Ibrahim\/ 26)<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Allah menetapkan pendirian orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang yang berlaku zalim;\u00a0 dan Allah berkuasa melakukan apa yang\u00a0dikehendakiNya. (Ibrahim\/ 27)<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Dalam ayat ini, Allah menjelaskan betapa pentingnya bahasa dalam menyampaikan mesej. Bahasa yang baik, dapat menyemarakkan lagi kebaikan\u00a0dalam kalangan masyarakat.\u00a0Bahasa yang digunakan\u00a0untuk berkomunikasi terutamanya dalam media sosial\u00a0hendaklah bahasa yang bersopan, mempunyai makna yang jelas dan tepat\u00a0dengan realiti.\u00a0Bertolak dari sini, tidak dikira sebagai\u00a0bersopan, sesuatu\u00a0percakapan\u00a0yang mempunyai bahasa kesat dan kasar, seperti maki hamun, fitnah\u00a0dan sebagainya.\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Perkara yang perlu terdapat\u00a0dalam bahasa\u00a0ialah realiti yang jujur. Ini bermakna setiap\u00a0bahasa yang dituturkan itu hendaklah menepati\u00a0sesuatu realiti atau fenomena\u00a0yang\u00a0benar dan jelas dengan hakikat yang berlaku\u00a0serta memberi informasi.\u00a0Peribahasa Melayu ada menyebut:\u00a0Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.\u00a0T<\/span><span data-contrast=\"auto\">erlajak perahu<\/span><span data-contrast=\"auto\">\u00a0boleh\u00a0diundur, terlajak kata buruk padahnya.<\/span><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-ccp-props=\"{\">\u00a0<\/span><\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":12,"featured_media":65322,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65326"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=65326"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65326\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":65329,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65326\/revisions\/65329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/65322"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=65326"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=65326"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=65326"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}