{"id":65777,"date":"2021-12-15T13:51:02","date_gmt":"2021-12-15T05:51:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/77-ditauliah-pegawai-bomba-bantuan-usim\/"},"modified":"2021-12-15T14:13:34","modified_gmt":"2021-12-15T06:13:34","slug":"77-ditauliah-pegawai-bomba-bantuan-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/77-ditauliah-pegawai-bomba-bantuan-usim\/","title":{"rendered":"77 ditauliah Pegawai Bomba Bantuan USIM"},"content":{"rendered":"

NILAI, 14 Disember 2021 \u2013 77 pelatih ditauliahkan dalam satu Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM hari ini. Dari jumlah tersebut, 42 pelajar merupakan pelatih dari pengambilan ke-3 Sesi Tahun 2018\/2019 dan 35 pelajar lagi dari pengambilan ke-4 sesi Tahun 2019\/2020.<\/p>\n

Majlis pentauliahan disempurnakan oleh YAS Dato\u2019 Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Dalam majlis tersebut, Sufi Suprianto\u00a0 Sutijo pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Ambilan ke-3 Sesi Tahun 2018\/2019, manakala pelatih Muhammad Al Hakim Mohd Zulkifli dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Ambilan ke-4 sesi Tahun 2019\/2020.<\/p>\n

Dalam ucapannya, YAS Dato\u2019 Sri Ts. Mohammad Hamdan menyeru agar Pegawai Bomba Bantuan Siswa yang ditauliah ini dapat mengaplikasikan sebaik mungkin ilmu kebombaan yang dipelajari selama ini serta sama-sama berganding bahu bagi melahirkan warga Malaysia yang responsif, berdaya tahan (resilience community) serta berupaya mengadaptasi konsep citizen-lifesaver dalam kehidupan seharian.<\/p>\n

\u201cTerus terapkan amalan disiplin yang tinggi, dan kepimpinan yang berhemah bagi membentuk keperibadian diri dan identiti unggul diri serta universiti\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n

Sementara itu, Naib Canselor USIM Prof. Dato\u2019 Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib berkata, melahirkan penyelamat masyarakat yang berjaya dan cemerlang bukan sahaja bergantung kepada keupayaan akademik semata-mata, tetapi ia juga saling berkait rapat dengan pelbagai faktor antaranya pembentukan sahsiah diri yang baik, tahap disiplin dan nilai-nilai murni yang tinggi, keterampilan diri yang unggul dan sikap kepimpinan yang terpuji.<\/p>\n

\u201cInilah di antara ciri yang perlu dan telah disemadikan dalam sanubari Pegawai Bomba Bantuan Siswa USIM bagi melahirkan seorang graduan yang bukan sahaja berkualiti, berketrampilan bahkan mampu menjadi aset yang berguna kepada agama, bangsa dan negara\u201d jelas beliau lagi.<\/p>\n

Turut hadir ke majlis pentauliahan tersebut adalah Yang Amat Setia Dato\u2019 Edwin Galan Teruki Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, pegawai-pegawai kanan Universiti serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.<\/p>\n

Penubuhan siri pertama bermula pada tahun 2015 dan sehingga kini seramai 213 Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) telah berjaya ditauliahkan.<\/p>\n

 <\/p>\n

Disediakan oleh:
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 14 Disember 2021 \u2013 77 pelatih ditauliahkan dalam satu Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM hari ini. Dari jumlah tersebut, 42 pelajar merupakan pelatih dari pengambilan ke-3 Sesi Tahun 2018\/2019 dan 35 pelajar lagi dari pengambilan ke-4 sesi Tahun 2019\/2020. Majlis pentauliahan disempurnakan […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":65769,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65777"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=65777"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65777\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":65778,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65777\/revisions\/65778"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/65769"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=65777"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=65777"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=65777"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}