{"id":65849,"date":"2021-12-21T13:22:30","date_gmt":"2021-12-21T05:22:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/prihatin-siswa-terkesan-banjir-usim-beri-tempoh-bertenang-sesi-pembelajaran\/"},"modified":"2021-12-21T13:29:25","modified_gmt":"2021-12-21T05:29:25","slug":"prihatin-siswa-terkesan-banjir-usim-beri-tempoh-bertenang-sesi-pembelajaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/prihatin-siswa-terkesan-banjir-usim-beri-tempoh-bertenang-sesi-pembelajaran\/","title":{"rendered":"Prihatin Siswa Terkesan Banjir, USIM Beri Tempoh Bertenang Sesi Pembelajaran"},"content":{"rendered":"

NILAI, 21 Disember 2021 – Merujuk kepada keadaan semasa berikutan bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di dalam negara, Pengurusan Universiti bersetuju untuk memberikan tempoh bertenang dan kelonggaran kepada semua Fakulti\/Pusat untuk mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermula semalam (20 Disember 2021) hingga Jumaat ini (24 Disember 2021).<\/p>\n

Fakulti\/Pusat boleh menangguhkan kuliah atau dibuat secara tidak segerak\/asynchronous dengan bahan mengajar dimuat naik dalam Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) tertakluk kepada keperluan program pengajian tertentu. Kaedah pelaksanaan PdP juga tertakluk kepada Fakulti\/Pusat masing \u2013 masing mengikut keperluan program pengajian masing \u2013 masing termasuk aktiviti pentaksiran seperti kuiz, ujian pertengahan semester dan penghantaran kerja kursus.<\/p>\n

Semua pelajar yang terkesan dengan bencana banjir boleh menghubungi Fakulti\/Pusat masing \u2013 masing untuk maklumat terkini berkaitan aktiviti PdP. Fakulti\/Pusat akan memastikan penyampaian program pengajian adalah berkesan dan mencapai kualiti program yang ditetapkan.<\/p>\n

Fakulti\/Pusat akan memastikan aspek kebajikan pelajar diberi perhatian agar kesihatan fizikal dan mental pelajar sentiasa berada dalam tahap yang baik. Fakulti\/Pusat akan memantau secara berterusan dan menyediakan pelan tindakan bagi menangani isu-isu berbangkit. Bilik Operasi Bantuan Banjir USIM beroperasi di Pusat Sukan USIM bagi menyelaras bantuan berkaitan banjir dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 012-667 7628 60 (En. Nur Ekmal Buhary) atau 011-3636 8191 (En. Hafez Fikri Adimat).<\/p>\n

Pihak Universiti amat mengambil berat terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar dan semua warga yang terkesan dengan bencana ini serta mendoakan agar semua warga selamat dari jangkitan COVID-19 serta dapat meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan sempurna dan selamat.<\/p>\n

 <\/p>\n

Disediakan oleh:
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 21 Disember 2021 – Merujuk kepada keadaan semasa berikutan bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di dalam negara, Pengurusan Universiti bersetuju untuk memberikan tempoh bertenang dan kelonggaran kepada semua Fakulti\/Pusat untuk mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermula semalam (20 Disember 2021) hingga Jumaat ini (24 Disember 2021). Fakulti\/Pusat boleh menangguhkan kuliah atau […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":65846,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65849"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=65849"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65849\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":65850,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/65849\/revisions\/65850"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/65846"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=65849"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=65849"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=65849"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}