{"id":67211,"date":"2022-03-01T02:03:44","date_gmt":"2022-02-28T18:03:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/harapan-pengerusi-lembaga-pengarah-usim-jentik-hati-warga-usim-jadi-warga-dengan-minda-kelas-pertama\/"},"modified":"2022-03-25T02:13:38","modified_gmt":"2022-03-24T18:13:38","slug":"harapan-pengerusi-lembaga-pengarah-usim-jentik-hati-warga-usim-jadi-warga-dengan-minda-kelas-pertama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/harapan-pengerusi-lembaga-pengarah-usim-jentik-hati-warga-usim-jadi-warga-dengan-minda-kelas-pertama\/","title":{"rendered":"Harapan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM jentik hati warga USIM jadi warga dengan minda Kelas Pertama"},"content":{"rendered":"<p><span data-contrast=\"none\">NILAI, 28 Februari 2022 &#8211; Nama Yang Berhormat Senator Dato&#8217; Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia. <\/span><span data-contrast=\"auto\">Dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969, beliau mendapat Pendidikan awal di Kuala Terengganu, Terengganu dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah (1989-1993). Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana juga dalam bidang yang sama di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) dan kemudiannya memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fatwa dari Universiti Sains Malaysia (2002-2004).<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Keterlibatan beliau bersama USIM bukanlah asing lagi kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang di USIM pada tahun 2006 sehingga 2008 dan juga merupakan Panel Penasihat di Fakulti yang sama sejak 2013 sehingga kini.<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">Baru-baru ini beliau telah menyampaikan sebuah syarahan umum yang membawa tajuk &#8220;Harapan dan Cita-citaku Terhadap USIM&#8221; bertempat di Dewan Kuliah 3, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:204}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">Mengadaptasi norma baharu serta sebagai satu usaha bersama dalam melawan dan mengekang penularan pandemik Covid-19, Majlis Syarahan Umum Pengerusi Lembaga Pengarah USIM yang julung kali ini diadakan pada tahun ini dilaksanakan secara konsep hibrid iaitu dengan kehadiran tetamu secara fizikal dalam jumlah yang minima di Dewan Kuliah Pusat 3 serta turut ditayangkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi USIM.<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">Dalam syarahan beliau, <\/span><span data-contrast=\"none\">Yang Behormat Dato\u2019 Zulkifli menekankan kepentingan perlunya semua warga USIM memupuk minda Modal Insan Kelas Pertama yang berlandaskan perspektif Islam disamping usaha kearah mencapai matlamat menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi dengan memahami Nilai-nilai Teras USIM yang mencakupi elemen Al-Qawiyyul Amin (Amanah, Muafakat, Profesional, Efisien dan Global).<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">Mendokong kearah matlamat dan sasaran USIM juga, melalui inisiatif Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, beliau telah meletakkan beberapa fokus utama antaranya melibatkan jaringan hubungan pengantarabangsaan, peningkatan kualiti akademik, peningkatan dan penambahbaikan fasiliti universiti serta kebajikan warga USIM.\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">Menurut Yang Behormat Dato\u2019 Zulkifli, \u201cMelalui aspek pengantarabangsaan, sasaran utama adalah untuk meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa, penganugerahan Doktor Kehormat, Pelantikan Profesor Pelawat, Profesor Kursi dan Profesor Adjung.\u201d\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">\u201cSelain itu, dari aspek peningkatan akademik, sasaran utama adalah bagi peningkatan penerbitan jurnal-jurnal USIM dalam jurnal berindeks seperti ISI, WOS dan SCOPUS, penubuhan kursi Akademik, Pemerkasaan Turath dan Bahasa Arab di Universiti serta kerjasama Kolej GENIUS Insan dengan universiti-universiti Timur Tengah\u201d. Jelas beliau lagi.<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">\u201cManakala dari aspek fasiliti, penekanan adalah kepada penubuhan Hospital Pengajar USIM, penyelesaian tunggakan bayaran pembinaan fasiliti, pembinaan kolej kediaman, pertambahan bahan rujukan di Perpustakaan USIM serta pembinaan Surau Tamhidi\u201d.<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"none\">Beliau turut meletakkan aspek kebajikan sebagai fokus utama, dengan memperkasakan Tabung Infaq\/Wakaf, Dapur It\u2019am dan Musa\u2019adah.<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:240}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Dalam majlis yang sama juga, beliau berbesar hati mengumumkan penubuhan Pusat Pengajian dan Penyelidikan Turath, yang diberi nama Ibn Abbas Centre for Classical Studies and Research (IFCAR) yang memfokuskan kepada teks-teks Turath dalam Bahasa Arab dan Tulisan Jawi meliputi bidang Akidah, Fiqh, Tasawwuf, Hadith dan Bahasa (<\/span><i><span data-contrast=\"auto\">Nahu <\/span><\/i><span data-contrast=\"auto\">dan<\/span><i><span data-contrast=\"auto\"> Saraf<\/span><\/i><span data-contrast=\"auto\">) yang mana akan turut membuka peluang kepada Warga USIM dan orang ramai untuk mengikuti pengajian tahap sijil dalam bidang yang dinyatakan.\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:259}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Mengakhiri majlis syarahan tersebut, Yang Behormat Dato\u2019 Zulkifli menyampaikan anugerah khas sebagai penghargaan kepada 18 orang penerima bertuah dalam kalangan ahli akademik, kakitangan dan pelajar untuk meraikan kecemerlangan dan sumbangan yang ditunjukkan oleh warga USIM tersebut dalam lapangan masing-masing.<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:259}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Antara penerima anugerah khas tersebut adalah<\/span> <span data-contrast=\"auto\">Ts. Dr. Hatika Binti Kaco daripada Kolej GENIUS Insan<\/span><span data-contrast=\"auto\">,<\/span><span data-contrast=\"auto\"> merupakan<\/span> <span data-contrast=\"auto\">ahli akademik yang menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam penulisan jurnal dan artikel, penerbitan buku dan keterlibatan dalam sumbangan berbentuk khidmat masyarakat, manakala En. Nur Ekmal Buhary dari Pusat Sukan serta En. Ali Zahran Hj. Thurmoodi daripada Pusat Pengajian Teras (PPT) yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan Universiti serta dua orang pelajar Kolej GENIUS Insan atas kecemerlangan mereka yang telah berjaya khatam 30 Juzuk Al-Quran iaitu Saudari Nafeesa Al-Wafa binti Mohd Khousaini dan rakan, Saudari Nur Nabihah binti Bahadon merupakan antara penerima anugerah khas tersebut.<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:259}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span data-contrast=\"auto\">Diharapkan dengan kewibawaan beliau serta inisiatif-inisiatif yang digerakkan oleh beliau ketika ini dapat m<\/span><span data-contrast=\"auto\">embawa USIM terus kehadapan dalam menerajui Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berteraskan integrasi ilmu Naqli dan ilmu Aqli.\u00a0<\/span><span data-ccp-props=\"{&quot;201341983&quot;:0,&quot;335551550&quot;:6,&quot;335551620&quot;:6,&quot;335559739&quot;:160,&quot;335559740&quot;:259}\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-67206\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-300x200.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU2-1536x1024.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-67204\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-300x200.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU3-1536x1024.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-67208\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-300x200.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/SYARAHAN-LPU-1536x1024.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 28 Februari 2022 &#8211; Nama Yang Berhormat Senator Dato&#8217; Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969, beliau mendapat Pendidikan awal di Kuala Terengganu, Terengganu dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah (1989-1993). Beliau seterusnya menyambung pengajian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":67203,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67211"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=67211"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67211\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":67212,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/67211\/revisions\/67212"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/67203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=67211"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=67211"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=67211"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}