{"id":68224,"date":"2022-07-12T16:44:51","date_gmt":"2022-07-12T08:44:51","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized\/usim-dan-jkkn-lancar-buku-monograf-budaya-di-istana-budaya\/"},"modified":"2022-07-12T16:44:51","modified_gmt":"2022-07-12T08:44:51","slug":"usim-dan-jkkn-lancar-buku-monograf-budaya-di-istana-budaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/news\/usim-dan-jkkn-lancar-buku-monograf-budaya-di-istana-budaya\/","title":{"rendered":"USIM dan JKKN Lancar Buku Monograf Budaya di Istana Budaya"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 \u2013 Sebuah buku yang memuatkan buah fikir budayawan, cendekiawan dan penggiat seni budaya tanah air berjudul Monograf Budaya \u201dSembang Bukan Gebang\u201d telah dilancarkan oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail bertempat di Istana Budaya.<\/p>\n<p>Buku berjudul \u2018Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang\u2019 adalah terbitan secara kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan merupakan kerjasama sulung kedua-dua entiti dalam bidang penerbitan.<\/p>\n<p>Penerbitan buku ini merupakan projek perintis melalui kerjasama strategik antara JKKN dan USIM dalam usaha menerbitkan bahan-bahan rujukan seni budaya yang berautoritatif bersama institusi pengajian tinggi. Inisiatif penerbitan yang mengangkat program bual bicara maya ke naskhah penulisan meliputi topik-topik perbincangan berkaitan perkembangan semasa seni budaya negara menggabungkan konsep 3P iaitu Pentadbir Seni, Pengkaji Seni dan Penggiat Seni budaya tanah air dilihat selari dengan fungsi JKKN dalam usaha melaksanakan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan agar dapat disebar luas kepada segenap lapisan masyarakat.<\/p>\n<p>Buku \u2018Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang\u2019 mengandungi 16 penulisan artikel dengan melibatkan 17 orang penulis terdiri daripada panel program Sembang Bukan Gebang (SBG) dan penulis jemputan yang mempunyai kebitaraan dalam bidang seni budaya yang diceburi. Antara penulis yang terlibat dalam penulisan monograf ini ialah Karyawan Seni USIM Siso Kopratasa, karyawan teater Dr. Rosminah Mohd Tahir, Prof. Dr. Supyan Hussin, Zulkifli Ab Rashid, Dr. Kamarulzaman Mohamed Karim atau Mantabla, Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid, Ismail Ahmed, Cef Fikree Aznan, Dr. Azizah Abdullah, Prof. Madya Dr. Mohd Azam Sulong atau Azam Dungun, Hazelina Ghazaly, Zaiton Hasan, Wanza Mohamad, Muhammad Hasif Idris, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Ramlee Wahab dan Ezlina Alias.<\/p>\n<p>Penerbitan \u2018Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang\u2019 dihasilkan daripada program bual bicara SBG yang telah diadakan sebanyak dua musim bermula 20 Jun hingga 28 November 2021. Sejumlah 15 episod diterbitkan dengan membicarakan pelbagai topik iaitu lagu puisi, teater Malaysia, busana Melayu, syair Melayu, muzik tradisional, masakan, terapi seni, pemuzik tradisional, tarian tradisi, Hang Tuah simbolisme kepahlawan Melayu, filem Malaysia, Intensiti syiar Islam dan masa depan orang seni. Manakala satu episod di ambil daripada program bual bicara Borak Rakyat yang membincangkan tajuk \u2019Survival\u2019 Orang Seni. Kedua-dua program ini dilaksanakan dalam tempoh pandemik COVID-19 bertujuan mendekati tokoh-tokoh, penggiat, pengamal dan pentadbir serta mereka yang pakar dalam ilmu seni budaya secara terbuka sebagai suntikan semangat kepada generasi muda di zaman kian mencabar ini.<\/p>\n<p>Lebih menarik, buku ini merupakan bual bicara maya pertama yang diangkat ke naskhah penulisan. Menampilkan kelainan, buku ini juga memuatkan kod QR di setiap halaman terakhir setiap tajuk penulisan untuk diimbas oleh pembaca yang ingin menyaksikan bual bicara maya Sembang Bukan Gebang yang disiarkan melalui YouTube rasmi Pusat Kebudayaan USIM.<\/p>\n<p>Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail dalam ucapannya menekankan bahawa penghasilan karya-karya budaya menjadi unsur penting dalam pengembangan ilmu kehidupan insan sejagat. Mendokumentasikan perkongsian kepakaran, pengalaman dan pandangan yang bernas merupakan usaha jitu pentadbir budaya dan seharusnya diperluaskan. Sumbangan ilmu dan pengalaman yang dipraktikkan oleh mereka telah merancakkan industri seni budaya sejak sekian lama dan sehingga kini buah fikiran mereka masih diperlukan dalam aspek pembangunan seni budaya tanah air.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, Monograf ini harus dikongsi dan diamati oleh komuniti seni dan disebar luaskan sebagai \u2018buah tangan\u2019 yang wajar sampai kepada semua lapisan masyarakat. Penghasilan monograf yang mencakupi pelbagai topik seni ini juga jika diterjemahkan secara serius berpotensi menjadi salah satu alternatif untuk menggalakkan masyarakat menambah minat membaca dan mendidik masyarakat untuk\u00a0 membina peradaban dan ketamadunan bangsa.<\/p>\n<p>Manakala, Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, penerbitan buku ini selari dengan peranan USIM sebagai sebuah pusat pengajian yang menghimpunkan maklumat penting untuk masyarakat. Sinergi USIM dan JKKN memperlihatkan langkah proaktif bagi melengkapkan pelaksanaan program berimpak tinggi juga dalam masa yang sama meningkatkan <em>visibility<\/em> USIM kepada masyarakat terutama dalam bidang seni budaya.<\/p>\n<p>Pelancaran turut diserikan dengan persembahan oleh Maestro Syair tanah air Roslan Madun, Siso Kopratasa, Adiwangsa Sukma, T:zi dan Kelab Seni Budaya USIM. Turut hadir dalam majlis pelancaran buku ini adalah pengurusan universiti, pengurusan kanan JKKN, panel-panel program SBG yang terdiri daripada karyawan filem tanah air, U-Wei Hj. Shaari, Aziz M. Osman, Cef Fikree Aznan, Cef Joe, Zin Ngah dan beberapa barisan karyawan serta penggiat seni tanah air.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-68188\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-300x192.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"192\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-200x128.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-300x192.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-400x256.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-460x295.jpg 460w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-600x384.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-768x492.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-800x512.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy-1024x655.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya1-Copy.jpg 1200w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-68186\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy-300x215.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"215\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy-200x143.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy-300x214.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy-400x287.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy-600x430.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy-768x550.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy-800x573.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy-1024x734.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/pelancaran-buku-monograf-budaya2-Copy.jpg 1200w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 \u2013 Sebuah buku yang memuatkan buah fikir budayawan, cendekiawan dan penggiat seni budaya tanah air berjudul Monograf Budaya \u201dSembang Bukan Gebang\u201d telah dilancarkan oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail bertempat di Istana Budaya. Buku berjudul \u2018Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang\u2019 adalah terbitan secara kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Sains [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":68225,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218,165,169,167,39],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/68224"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=68224"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/68224\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/68225"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=68224"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=68224"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=68224"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}