{"id":71361,"date":"2022-08-21T14:14:31","date_gmt":"2022-08-21T06:14:31","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/mahasiswa-usim-johan-deklamasi-sajak-peringkat-negeri-sembilan\/"},"modified":"2022-09-06T15:14:53","modified_gmt":"2022-09-06T07:14:53","slug":"mahasiswa-usim-johan-deklamasi-sajak-peringkat-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/mahasiswa-usim-johan-deklamasi-sajak-peringkat-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Mahasiswa USIM Johan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"
NILAI, 4 Ogos 2022- Najmi Adli Mustafa dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan.<\/p>\n
Beliau yang merupakan penuntut tahun satu, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan menganggap kemenangannya ini merupakan satu \u2018kejutan\u2019 buatnya kerana hampir kesemua peserta menampilkan persembahan yang baik. Lebih-lebih lagi penyertaan pertandingan sajak di peringkat daerah yang diadakan pada bulan Julai baru-baru adalah penyertaannya pada saat akhir kerana beliau sedang menghadapi peperiksaan semester. Najmi tidak menyangka bahawa penyertaan tersebut membawa tuah sekali gus\u00a0 meraih Johan dan mewakili daerah Jempol ke peringkat Negeri Sembilan. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed menyifatkan bahawa penyertaan mahasiswa USIM ke pertandingan ini sebagai satu lonjakan semangat untuk mereka terus aktif dalam penganjuran program dalam dan luar Universiti di samping proses mengembangkan bakat mereka\u201d.<\/p>\n
<\/a><\/p>\n