{"id":73153,"date":"2022-11-17T16:09:06","date_gmt":"2022-11-17T08:09:06","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/mahasiswa-usim-cakna-undi18-bakal-turun-padang-jalankan-tanggungjawab\/"},"modified":"2022-11-17T16:14:10","modified_gmt":"2022-11-17T08:14:10","slug":"mahasiswa-usim-cakna-undi18-bakal-turun-padang-jalankan-tanggungjawab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/mahasiswa-usim-cakna-undi18-bakal-turun-padang-jalankan-tanggungjawab\/","title":{"rendered":"Mahasiswa USIM cakna Undi18, bakal turun padang jalankan tanggungjawab"},"content":{"rendered":"
NILAI, 17 November 2022 – Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) semakin hampir ke kemuncaknya. Pada 19 November 2022 ini bakal menyaksikan pengundi muda berumur 18 tahun akan \u2018turun padang\u2019 untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi memilik pucuk pimpinan yang akan mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen.<\/p>\n
Pada Julai 2019, Malaysia mencipta sejarah baharu apabila lebih dari dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat bersetuju dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 iaitu membenarkan golongan muda yang mencapai umur 18 tahun layak untuk mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya.\u00a0\u00a0 Hasilnya, pelaksanaan Undi18 menggunakan pendaftaran pemilih secara automatik akan berkuatkuasa pada pilihan raya kali ini.<\/p>\n
Beliau mengambil contoh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka yang lalu, meskipun belia yang berusia 18 hingga 20 tahun boleh mengundi dalam PRN Johor, kadar peratusan keluar mengundi, terutama pemilih muda tidak seperti yang diharapkan.<\/p>\n \u201cDaripada 54.92 peratus keseluruhan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah lima peratus. Pelbagai analisis diberikan terhadap kadar keluar mengundi yang rendah itu, tetapi tiada pihak berani menafikan bahawa faktor pengundi muda kekal relevan dalam PRU-15\u201d, ujar Zaid.<\/p>\n Zaid yang akan menunaikan tanggungjawab membuang undi di Kapar sabtu ini turut menyatakan, mengundi bukan sahaja memilih pemimpin bagi pihak rakyat, bahkan tanggungjawab mengundi adalah untuk melantik wakil rakyat melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar yang menjadi tonggak penting dalam menjaga jati diri umat Islam. Mengundi juga adalah simbolik kehakiman terhadap kerajaan dengan melakukan hisbah di sepanjang penggal pemerintahannya.<\/p>\n
<\/a>Bagi saudara Muhammad Zaid Abdul Karim,24, yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi Akademik 2021\/2022 berpendapat bahawa, penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pola pengundian dalam pilihan raya kali ini seperti mana yang diperdebatkan oleh pelbagai pihak.<\/p>\n