{"id":73267,"date":"2022-11-29T09:15:51","date_gmt":"2022-11-29T01:15:51","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/kaedah-hafazan-tematik-mengupaya-kemenjadian-murid-pintar-dan-berbakat\/"},"modified":"2022-11-29T12:15:01","modified_gmt":"2022-11-29T04:15:01","slug":"kaedah-hafazan-tematik-mengupaya-kemenjadian-murid-pintar-dan-berbakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/kaedah-hafazan-tematik-mengupaya-kemenjadian-murid-pintar-dan-berbakat\/","title":{"rendered":"Kaedah Hafazan Tematik Mengupaya Kemenjadian Murid Pintar Dan Berbakat"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-center fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-shortcode-image-wrapper imageframe-liftup\"><div class=\"person-image-container dropshadow person-rounded-overflow\" style=\"-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;border:0px solid #f6f6f6;-webkit-box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;\"><img decoding=\"async\" class=\"person-img img-responsive wp-image-73262\" width=\"150\" height=\"200\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/dr-zamrus-mohd-ali.jpg\" alt=\"Dr. Mohd Zamrus Mohd Ali\" \/><\/div><\/div><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Dr. Mohd Zamrus Mohd Ali<\/span><span class=\"person-title\">Pensyarah, Kolej Genius Insan<\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 3.84%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 3.84%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:calc( 1170px + 0px );margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p>Setiap individu yang menghafaz al-Quran memerlukan kaedah terbaik untuk memudahkan mereka mengingat, menjimatkan masa dan memahami maksud setiap ayat dengan lebih efisien. Bagi murid baru yang mengikuti program Tahfiz al-Quran khususnya di Malaysia akan mengikut satu kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak institusi tahfiz. Antaranya kaedah menghafaz bermula daripada juzuk 30, 29, 28 dan ada juga yang menghafaz daripada juzuk pertama.<\/p>\n<p>Apa jua kaedah yang digunakan adalah baik sebagaimana maksud firman Allah dalam surah al-Qamar ayat 17, \u201cDan demi sesungguhnya, Kami telah mudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)\u201d yang menjadikan al-Quran itu mudah kepada manusia dalam pelbagai aspek termasuk hafazan. Dengan kesedaran ini sekumpulan penyelidik dari Kolej GENIUS Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencari alternatif terbaik untuk menjadikan aktiviti hafazan bukan sekadar mengingat ayat-ayat al-Quran sahaja.<\/p>\n<p>KGI yang terletak dalam kampus USIM merupakan sekolah menengah berasrama yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan kaedah khusus dalam mata pelajaran hafazan al-Quran dengan menggunakan Hafazan Tematik. Oleh kerana KGI adalah sekolah untuk murid pintar dan berbakat maka kaedah Hafazan Tematik ini dapat mengintegrasi ilmu naqli dan aqli (INAQ) secara mudah. Berikutan pembaharuan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) empat tahun di KGI, sukatan minimum hafazan \u00a0telah diselaraskan semula daripada 15 juzuk kepada 10 juzuk dengan penambahbaikan elemen Hafazan Tematik. Justeru murid dapat mengoptimumkan kelebihan ini untuk menguasai dan \u00a0mengaplikasi konsep integrasi ilmu naqli dan aqli dengan lebih efisien dan konsisten.<\/p>\n<p>Untuk itu Hafazan Tematik memperkenalkan lima \u00a0komponen utama agar seiring dalam usaha melahirkan generasi cendekiawan Islam yang dapat menggantikan nama-nama tersohor dunia akademia seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Farabi dan ramai lagi. Lima komponen tersebut ialah al-Qira\u2019ah, al-Fahm, al-Hifz, al-Amal, al-Tabligh. Semuanya merupakan komponen yang bersesuaian dengan kaedah pembelajaran seiring dengan keupayaan kognitif, afektif dan psikomotor yang murid-murid pintar dan berbakat ini miliki.<\/p>\n<p>Kaedah Hafazan Tematik berupaya menjadikan murid menguasai hafazan, penulisan, pemahaman \u00a0serta penghayatan cara hidup seorang Muslim. Pengupayaan murid di KGI melalui lima komponen tersebut direalisasikan seperti \u00a0berikut: yang pertama ialah al-Qira\u2019ah iaitu pembacaan ayat al-Quran adalah keperluan paling asas bagi penghafaz al-Quran. Ia merangkumi pembacaan secara tartil dan memelihara hukum tajwid sama ada bacaan dengan melihat mushaf atau pun secara hafazan.<\/p>\n<p>Kedua ialah al-Fahm iaitu kefahaman ayat-ayat yang dibaca. Tujuan utama penurunan al-Quran adalah sebagai petunjuk dan memberi hidayah kepada manusia. Tanggungjawab setiap insan adalah untuk memahami isi kandungan al-Quran walaupun bahasa \u00a0pengantar yang digunakan ialah Bahasa Arab namun dengan bantuan tafsir dan terjemahan mampu membuatkan murid di KGI memahami ayat-ayat yang dibaca.<\/p>\n<p>Ketiga ialah al-Hifz iaitu hafazan ayat-ayat melalui proses tasmik, pengulangan dan pentaksiran yang menjadikan murid menguasai mutu hafazan. Fadilat menghafaz al-Quran sangat jelas dalam al-Quran dan al-Hadith antaranya tentang kelebihan membaca, mempelajari dan menghafaz al-Quran. Saidina Uthman meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud \u201cSebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya\u201d (Riwayat al-Bukhari).<\/p>\n<p>Komponen keempat ialah al-Amal iaitu pengamalan yang merupakan kesinambungan daripada kefahaman ayat. Murid yang mengamalkan perintah dan meninggalkan segala larangan Allah adalah dianggap bertanggungjawab kepada ayat-ayat yang dihafaznya. Manakala komponen kelima ialah al-Tabligh iaitu menyampaikan tuntutan berdasarkan kisah atau peristiwa yang menjadi teladan kepada umat manusia hari ini dan akan datang.<\/p>\n<p>Jelas di sini bahawa dengan penambahan komponen tematik dalam hafazan, murid tidak lagi berpandukan bilangan \u00a0\u00a0\u00a0muka surat untuk menghafaz bahkan takwim hafazan sedia ada digantikan dengan takwim hafazan \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0tematik yang menjadikan tema-tema ayat sebagai asas kepada permulaan hafazan. Hafazan Tematik ini dilihat sebagai satu inovasi yang memberi fokus kefahaman murid terhadap ayat hafazan dan menjadikannya lebih praktikal berbanding sistem hafazan berpandukan bilangan muka surat. Hafazan secara tematik ini lebih mudah dihafaz mengikut tema penceritaan yang terdapat di dalam al-Quran.<\/p>\n<p>Inovasi dan penambahbaikan dalam modul hafazan al-Quran yang dilaksanakan ini diharapkan menatijahkan impian dan cita-cita murni dengan lahirnya generasi baharu hasil daripada penyelidikan yang diusahakan oleh kumpulan penyelidik Kolej GENIUS Insan, USIM. Apa yang diharapkan ialah generasi KGI mempunyai kebolehan tinggi untuk memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam seterusnya mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi.<\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":12,"featured_media":73264,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73267"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=73267"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73267\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":73268,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/73267\/revisions\/73268"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/73264"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=73267"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=73267"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=73267"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}