{"id":76064,"date":"2023-01-31T09:35:23","date_gmt":"2023-01-31T01:35:23","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/sijil-kemahiran-sulh-mediasi-gabung-kepakaran-kemahiran-pengalaman-akademia-dan-institusi-keadilan-syariah\/"},"modified":"2023-04-03T09:35:04","modified_gmt":"2023-04-03T01:35:04","slug":"sijil-kemahiran-sulh-mediasi-gabung-kepakaran-kemahiran-pengalaman-akademia-dan-institusi-keadilan-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/sijil-kemahiran-sulh-mediasi-gabung-kepakaran-kemahiran-pengalaman-akademia-dan-institusi-keadilan-syariah\/","title":{"rendered":"Sijil Kemahiran Sulh \u2013 Mediasi gabung kepakaran, pengalaman akademia dan Institusi Keadilan Syariah"},"content":{"rendered":"

SEPANG, 31 Januari 2023 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) semalam meraikan seramai 99 orang peserta Sijil Kemahiran Sulh-Mediasi dalam satu majlis penyampaian sijil tersebut bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA.<\/p>\n

Majlis Penyampaian Sijil dan Pelancaran Skuad Sulh ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato\u2019 Setia Dr. Haji Mohd Na\u2019im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).<\/p>\n

\"\"<\/a>\"\"<\/a><\/p>\n

Menurut Yang Berhormat Senator Dato\u2019 Setia Dr. Haji Mohd Na\u2019im bin Haji Mokhtar dalam ucapan perasmiannya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi agama komited ke arah perpaduan agama dan keharmonian Malaysia dalam membawa agenda perpaduan negara dengan mengetengahkan anjuran agama Islam mengenai keamanan, hidup bersama dan toleransi dalam masyarakat, serta advokasi nilai sejagat yang merentas perbezaan dan kepelbagaian dalam masyarakat majmuk di Malaysia.<\/p>\n

\u201cSaya berpandangan bahawa kemahiran Sulh ini juga boleh dikembangkan lagi kepada pemerkasaan keupayaan masjid-masjid, masyarakat kampung dan institusi keluarga Islam dengan menggalakkan \u2018satu keluarga satu mediator\u2019. Selain itu, ia boleh dihebahkan sebagai literasi penyelesaian konflik kepada mereka yang lebih muda di sekolah-sekolah dan belia. Saya percaya pelaksanaan pensijilan sulh-mediasi dan Skuad Sulh akan membuka ruang kepada lebih banyak usaha inovatif dan kolaborasi yang luas\u201d.\"\"<\/a><\/p>\n

Menurutnya lagi, dengan pelancaran Skuad Sulh ini, kolabrasi bersama institut pengajian tinggi awam(IPTA) dalam mempertingkatkan keupayaan rakyat dengan ilmu dan kemahiran menyelesaikan konflik agar perpaduan dikekalkan akan dilaksanakan.
\nPenglibatan USIM menyambut inisiatif ini, dengan kepakaran dan tenaganya , adalah satu penglibatan yang terpuji yang mendekatkan universiti dengan masyarakat dan industri. Usaha ini adalah selari dengan kesedaran bahawa \u201cthe future is collaborative\u201d dan \u201ccollaboration is the future\u201d yang membolehkan kita memanfaatkan segala sinergi yang ada untuk tujuan bersama.<\/p>\n

\u201cSelari dengan amalan mediasi dalam sektor utama negara dan trend pemakaiannya di seluruh dunia, saya yakin kita boleh mempelajari pelbagai teknik dan pendekatan baharu dalam memperkasa aplikasi sulh di malaysia. Justeru saya menyambut baik usaha pensijilan Sulh-Mediasi ini untuk pengembangan ilmu Sulh, latihan dan profesionalisme Sulh yang berpotensi ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa\u201d, ujarnya lagi.<\/p>\n

\"\"<\/a>\"\"<\/a><\/p>\n

Sementara itu, Naib Canselor Prof. Dato\u2019 Dr. Ts. Sharifudin Md Shaarani berkata, pensijilan profesional Sulh-Mediasi ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang dibangunkan dengan gabungan kepakaran, kemahiran dan pengalaman akademia dan institusi keadilan Syariah. Ia adalah perintis kepada pembangunan kompetensi dalam Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) terutamanya dalam konflik kekeluargaan Islam di Malaysia. Program ini telah berjaya dilaksanakan sebanyak 3 sesi pada tahun 2022 dengan penyertaan pelajar tahun akhir USIM di bawah pembiayaan baucar KPT-Pace berjumlah RM297,000.<\/p>\n

\u201cKursus ini mensyaratkan peserta memenuhi kehadiran selama 40 jam dan lulus penilaian mengikut standard yang telah ditetapkan. Peserta yang memenuhi kesemua syarat tersebut layak ditauliahkan sebagai Pengantara (Sole Mediator). Seramai 40 orang orang jurulatih dan fasilitator yang terdiri daripada mediator bertauliah, pegawai syariah, pegawai sulh dan juga pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM yang terlibat menjayakan kursus ini\u201d.<\/p>\n

\u201cKerjasama strategik di antara USIM dengan JKSM telah terjalin sekian lama dan dimeterai dengan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara dua institusi ini. Inisiatif USIM dalam membangunkan modul pensijilan Profesional Kemahiran Sulh-Mediasi dengan kerjasama JKSM adalah bertitik tolak daripada hasrat untuk memperkasa institusi keluarga, komuniti dan masyarakat dalam menyelesaikan pertikaian secara damai menggunakan pengantara yang bertauliah, beretika dan berpengetahuan dalam bidang ini. Usaha murni JKSM dalam memartabatkan institusi sulh juga sentiasa disokong oleh USIM\u201d.<\/p>\n

sumber: FSU<\/em><\/p>\n

Disediakan oleh:
\nNoorumaina Mohamed Yunus
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

SEPANG, 31 Januari 2023 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) semalam meraikan seramai 99 orang peserta Sijil Kemahiran Sulh-Mediasi dalam satu majlis penyampaian sijil tersebut bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA. Majlis Penyampaian Sijil dan Pelancaran Skuad Sulh ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato\u2019 Setia Dr. […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":76060,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/76064"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=76064"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/76064\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":77447,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/76064\/revisions\/77447"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/76060"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=76064"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=76064"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=76064"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}