{"id":92328,"date":"2023-10-24T09:18:08","date_gmt":"2023-10-24T01:18:08","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/penubuhan-jawatankuasa-pemilih-majlis-perwakilan-pelajar-usim-perkasa-agenda-mahasiswa\/"},"modified":"2023-10-24T09:39:41","modified_gmt":"2023-10-24T01:39:41","slug":"penubuhan-jawatankuasa-pemilih-majlis-perwakilan-pelajar-usim-perkasa-agenda-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/penubuhan-jawatankuasa-pemilih-majlis-perwakilan-pelajar-usim-perkasa-agenda-mahasiswa\/","title":{"rendered":"Penubuhan Jawatankuasa Pemilih Majlis Perwakilan Pelajar Usim Perkasa Agenda Mahasiswa"},"content":{"rendered":"
NILAI\u2013 Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam membantu menguruskan universiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) telah melaksanakan langkah memperkukuhkan agenda pemerkasaan mahasiswa dengan meminda proses pelaksanaan gerak kerja berkaitan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).<\/p>\n
Pindaan proses gerak kerja tersebut termasuklah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (JPMPP USIM) yang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi melaksanakan keseluruhan proses pemilihan MPP.<\/p>\n
Cadangan penubuhan JPMPP USIM adalah bertujuan untuk memberikan peluang serta kepercayaan kepada pelajar sepenuhnya untuk melaksanakan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarkan kepada tanggungjawab untuk merancang, mentadbir, menyelaras dan mengawal selia proses pelaksanaan Pemilihan MPP USIM dan semua perkara yang berkaitan dengannya.<\/p>\n Untuk tujuan ini, seramai 25 orang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia dari pelbagai badan pelajar dan wakil fakulti telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (JPMPP USIM) bagi Sesi Akademik 2023\/2024. Majlis penyerahan watikah pelantikan JPMPP ini telah diadakan bertempat di Dewan Senat USIM semalam.<\/p>\n Naib Canselor USIM dalam ucapan majlis penyerahan watikah pelantikan JPMPP mengucapkan jutaan tahniah dan penghargaan kepada JPMPP kerana sudi menyahut seruan pengurusan universiti khususnya dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amnya dalam\u00a0 merealisasikan agenda permerkasaan mahasiswa di USIM. Komitmen yang ditunjukkan melangkaui tugas biasa yang diadakan secara rutin.<\/p>\n \u201cBesar harapan saya agar barisan JPMPP yang pertama ini menjadi pemudah cara kepada semua PTj di USIM dengan menjaga hubungan baik bersama pihak pengurusan universiti serta mengharmonikan perhubungan pelajar dan pihak pengurusan.\u201d Katanya.<\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n