{"id":92361,"date":"2023-10-17T10:09:28","date_gmt":"2023-10-17T02:09:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/dua-pelajar-usim-ungguli-pertandingan-video-pendek-kpt\/"},"modified":"2023-10-24T12:28:44","modified_gmt":"2023-10-24T04:28:44","slug":"dua-pelajar-usim-ungguli-pertandingan-video-pendek-kpt","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/dua-pelajar-usim-ungguli-pertandingan-video-pendek-kpt\/","title":{"rendered":"Dua pelajar USIM ungguli pertandingan video pendek KPT"},"content":{"rendered":"
PUTRAJAYA \u2013 Muhammad Najmi \u00a0Aiman Nordin dan Muhammad Hazim Mat Rosli mengharumkan nama universiti apabila merangkul Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Video Pendek Sempena Bulan Kebangsaan 2023 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi baru-baru ini.<\/p>\n
\u201cIdea tercetus melalui serangkap sajak merdeka yang dibaca dan menghayati perjuangan dalam perpaduan bangsa dan laungan \u201cMerdeka\u201d oleh \u201cBapa Kemerdekaan\u201d setiap kali menjelang bulan Ogos\u201d, berkata Muhammad Najmi \u00a0Aiman Nordin yang dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Video Pendek Sempena Bulan Kebangsaan 2023.\u00a0 Najmi tidak menyangka bahawa kejayaan tersebut menjadi miliknya dan kejayaan ini semakin mendorongnya minatnya terhadap videografi.<\/p>\n
Anak kedua daripada tiga beradik ini kelahiran Kulai, Johor menyatakan bahawa ibu dan bapanya antara insan yang sentiasa memberi galakkan untuk berkecimpung lebih serius dalam bidang seni videografi. Penuntut tahun dua jurusan al-Quran dan Sunnah Universiti Sains\u00a0 Islam Malaysia (USIM) \u00a0ini mengambil masa \u00a0tiga minggu \u00a0secara keseluruhannya untuk menyediakan jalan cerita, penggambaran dan satu minggu untuk proses suntingan.<\/p>\n
Pertandingan Video pendek anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi yang dianjurkan sempena bulan kebangsaan mendapat sambutan yang menggalakkan dan peserta perlu memuat naik video tersebut ke aplikasi media sosial Tik Tok. Video\u00a0 yang \u00a0dihasilkan berdurasi 1 minit mendapat tontonan sejumlah 24.1k di aplikasi Tik Tok.<\/p>\n