{"id":93105,"date":"2023-12-06T11:27:59","date_gmt":"2023-12-06T03:27:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-catat-91-83-peratus-pelajar-keluar-mengundi-dalam-pemilihan-majlis-perwakilan-pelajar-2023-2024\/"},"modified":"2023-12-06T12:27:21","modified_gmt":"2023-12-06T04:27:21","slug":"usim-catat-91-83-peratus-pelajar-keluar-mengundi-dalam-pemilihan-majlis-perwakilan-pelajar-2023-2024","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/usim-catat-91-83-peratus-pelajar-keluar-mengundi-dalam-pemilihan-majlis-perwakilan-pelajar-2023-2024\/","title":{"rendered":"USIM Catat 91.83 Peratus Pelajar Keluar Mengundi Dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2023\/2024"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2023\/2024 semalam berlangsung dengan lancar dan aman dan menyaksikan 91.83 peratus pelajar turun mengundi berbanding 83.73 peratus pada tahun lepas. Keputusan ini merupakan antara yang tertinggi dicatatkan oleh Universiti Awam.<\/p>\n
Sebanyak sembilan\u00a0 kerusi umum dan 18 kerusi fakulti menjadi rebutan calon-calon yang bertanding.<\/p>\n
Proses pemilihan calon diadakan pada 5 Disember 2023 secara dalam talian melalui laman web pilihmpp.usim.edu.my dengan 19 calon menawarkan diri bertanding di Kerusi Umum dan 31 calon bertanding di kerusi fakulti.<\/p>\n
Kerusi Tertinggi pencalonan adalah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) iaitu dengan saingan lima penjuru. Manakala Kerusi Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) menyaksikan pencalonan empat penjuru.<\/p>\n
Sementara itu, bagi kerusi Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB), Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) pula dengan saingan tiga penjuru.<\/p>\n
Bagi kerusi Fakulti Pergigian (FPg) tiada pertandingan kerana calon-calon menang tanpa bertanding.<\/p>\n