{"id":93397,"date":"2023-12-16T16:14:35","date_gmt":"2023-12-16T08:14:35","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/safwan-bekerja-sambilan-untuk-menapung-kos-sara-hidup\/"},"modified":"2023-12-19T16:24:43","modified_gmt":"2023-12-19T08:24:43","slug":"safwan-bekerja-sambilan-untuk-menapung-kos-sara-hidup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/safwan-bekerja-sambilan-untuk-menapung-kos-sara-hidup\/","title":{"rendered":"Safwan bekerja sambilan untuk menapung kos sara hidup"},"content":{"rendered":"
NILAI – Muhammad Safwan Bin Zaidi,23, merupakan salah seorang daripada 384 orang graduan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang bergraduasi di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia yang ke-21.<\/p>\n
Safwan memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan kepujian di USIM pada tahun 2019. Sepanjang pengajiannya pelbagai kerja-kerja sambilan yang beliau ceburi antaranya sebagai pekerja di ladang sawit serta menjaga dan melapah lembu.<\/p>\n
\u201cAyah tidak berapa sihat, beliau merupakan seorang penghidap penyakit kencing manis dan tidak mampu melakukan kerja yang berat, jadi saya bantu ayah untuk menguruskan lembu peliharaannya\u201d, kata Safwan yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong, Pahang.<\/p>\n
Manakala ibunya yang berusia 48 tahun bekerja sebagai guru kafa di kampungnya.<\/p>\n
Pada pandemik covid-19 melanda, menurut Safwan pembelajaran secara atas talian adalah sangat mencabar kerana kawasan kampungnya tidak memiliki liputan internet yang kuat sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengikuti kelas tersebut. Justeru, masa terluang digunakan untuk menambah pendapatan untuk menampung kos pengajiannya dan mengurangkan beban ibu bapanya.<\/p>\n
\u201cSelepas pinjaman PTPTN ditolak dengan yuran pengajian, hanya tinggal sebanyak RM1,700 yang boleh digunakan untuk satu semester dan bagi saya jumlah itu hanya mencukupi untuk 3 bulan sahaja\u201d.<\/p>\n