{"id":93612,"date":"2023-12-24T12:03:43","date_gmt":"2023-12-24T04:03:43","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/sexual-wellbeing-seminar-2023-sws23-membangunkan-kesedaran-menjana-pengetahuan-terhadap-kesejahteraan-seksualiti\/"},"modified":"2024-01-02T15:20:05","modified_gmt":"2024-01-02T07:20:05","slug":"sexual-wellbeing-seminar-2023-sws23-membangunkan-kesedaran-menjana-pengetahuan-terhadap-kesejahteraan-seksualiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/sexual-wellbeing-seminar-2023-sws23-membangunkan-kesedaran-menjana-pengetahuan-terhadap-kesejahteraan-seksualiti\/","title":{"rendered":"Sexual Wellbeing Seminar 2023 (SWS23): Membangunkan Kesedaran, Menjana Pengetahuan terhadap kesejahteraan seksualiti"},"content":{"rendered":"
NILAI- Bertemakan \u201cCakna Kesejahteraan Seksual Anda\u201d, Sexual Wellbeing Seminar 2023 (SWS23) berjaya mencapai objektif yang memberangsangkan apabila seramai 117 peserta yang terdiri daripada ahli akademik, staf professional, pelajar dan orang awam dari pelbagai latar belakang menyertai seminar yang berlangsung di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 21 Disember 2023 baru baru ini.<\/p>\n
Program ini turut mendapat kerjasama daripada badan-badan NGO seperti Islah Movement dan Malaysian Wellbeing Association, (MA\u2019WA).<\/p>\n
Panel penceramah yang pakar lagi terkemuka dalam bidang kesihatan seksual telah dijemput antaranya ialah Dr Ismail Tambi (Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif) dengan tajuk \u201cCakna Pengurusan Ketagihan Seksual dan Kesejahteraan Diri\u201d, serta Profesor Madya Dr Roslee Ahmad, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Encik Norhisham Mahat dan Dr Abdul Rashid Abdul Aziz selaku moderator dengan tajuk forum \u201cKesejahteraan Seksualiti, Gangguan Seksual dan Intervensi Menangani\u201d.<\/p>\n
Ia merupakan seminar yang julung kali dianjurkan oleh Jawatankuasa Keceriaan Fakulti, Sukan dan Rekreasi (JKFSR), FKP yang membincangkan isu-isu berkaitan seksualiti dan kesihatan seksual yang sering kali berlaku dalam persekitaran kita, selain memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kesejahteraan dan kesihatan seksual yang merangkumi perlakuan gangguan seksual di persekitaran kelas, tempat kerja, dan tempat awam serta masalah ketagihan seksual.<\/p>\n