{"id":94269,"date":"2024-02-14T09:23:09","date_gmt":"2024-02-14T01:23:09","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/kuasa-perundangan-dalam-konteks-undang-undang-jenayah-syariah-diperhalusi-agar-tidak-wujud-kelompangan\/"},"modified":"2024-02-16T09:50:30","modified_gmt":"2024-02-16T01:50:30","slug":"kuasa-perundangan-dalam-konteks-undang-undang-jenayah-syariah-diperhalusi-agar-tidak-wujud-kelompangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/kuasa-perundangan-dalam-konteks-undang-undang-jenayah-syariah-diperhalusi-agar-tidak-wujud-kelompangan\/","title":{"rendered":"Kuasa Perundangan Dalam Konteks Undang-Undang Jenayah Syariah Diperhalusi Agar Tidak Wujud Kelompangan"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-center fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-shortcode-image-wrapper imageframe-liftup\"><div class=\"person-image-container dropshadow person-rounded-overflow\" style=\"-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;border:0px solid #f6f6f6;-webkit-box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;\"><img decoding=\"async\" class=\"person-img img-responsive wp-image-94199\" width=\"200\" height=\"206\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2024\/02\/DR.-INTAN-NADIA-BINTI-GHULAM-KHAN-Copy.png\" alt=\"Dr. Intan Nadia Gulam Khan\" \/><\/div><\/div><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Dr. Intan Nadia Gulam Khan<\/span><span class=\"person-title\">Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang<\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 7.68%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 7.68%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p>Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina dan Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini dengan keputusan majoriti 8-1 telah membenarkan permohonan pempetisyen dan mengisytiharkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 Negeri Kelantan adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk membuat peruntukan-peruntukan tersebut. Berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan, inti pati 16 peruntukan tersebut adalah berkenaan perkara di bawah Senarai Persekutuan, iaitu di bawah kuasa perundangan Parlimen. Manakala dua lagi peruntukan yang turut dicabar iaitu seksyen 13 dan seksyen 30 di bawah Enakmen yang sama diputuskan sebagai sah kerana kedua-dua peruntukan tersebut adalah berkaitan perkara di bawah kuasa Badan Perundangan Negeri Kelantan.<\/p>\n<p>Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak lagi mempunyai kuasa perundangan untuk menggubal undang-undang jenayah Syariah berkaitan kesalahan-kesalahan tersebut. Keputusan ini turut mendatangkan implikasi terhadap penguatkuasaan dan pendakwaan berkaitan 16 peruntukan tersebut oleh pihak berkuasa Negeri Kelantan.<\/p>\n<p>Ini juga membawa kepada kemungkinan percubaan oleh mana-mana pihak yang didakwa dengan peruntukan yang sama atau hampir sama di bawah undang-undang jenayah Syariah di negeri-negeri lain untuk mencabar keabsahan peruntukan-peruntukan tersebut pada masa akan datang. Kes ini juga menunjukkan terdapatnya pertindihan undang-undang jenayah di bawah undang-undang jenayah Syariah Negeri dan undang-undang Persekutuan berkaitan kesalahan-kesalahan tertentu.<\/p>\n<p>Secara dasarnya, Malaysia, sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep federalisme, menetapkan pembahagian kuasa perundangan dan eksekutif antara Parlimen\/Kerajaan Persekutuan dan Badan Perundangan Negeri\/Kerajaan Negeri seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang utama di negara ini.<\/p>\n<p>Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan batasan kuasa perundangan bagi Parlimen iaitu badan perundangan di peringkat Persekutuan dan Badan Perundangan Negeri berdasarkan Senarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Senarai Persekutuan (Senarai I) mengandungi perkara di bawah kuasa perundangan Parlimen dan Senarai Negeri (Senarai II) menyenaraikan perkara di bawah kuasa perundangan Badan Perundangan sesuatu Negeri. Senarai Bersama (Senarai III) mengandungi perkara di bawah kuasa perundangan kedua-dua badan perundangan.<\/p>\n<p>Butiran 4 Senarai Persekutuan memperuntukkan antara lain undang-undang dan tatacara jenayah dan pentadbiran keadilan adalah di bawah kuasa perundangan Parlimen. Berkaitan jenayah syariah pula, Butiran 1 Senarai Negeri memperuntukkan kuasa perundangan Badan Perundangan sesuatu Negeri antara lain adalah berkaitan pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap perintah agama Islam, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan. Klausa pengecualian ini berfungsi sebagai batasan yang dikenakan oleh Perlembagaan Persekutuan terhadap Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang berkenaan dengan undang-undang jenayah Syariah (kes Iki Putra Bin Mubarrak v. Kerajaan Negeri Selangor [2021] 2 MLJ 323).<\/p>\n<p>Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina ini menunjukkan usaha bersepadu pelbagai pihak berkaitan di peringkat Persekutuan dan Negeri untuk meneliti penyelesaian yang holistik terhadap isu ini adalah perlu. Di samping itu, adalah penting untuk memperhalusi keperluan pindaan berkaitan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan agar kuasa Badan Perundangan Negeri dalam perkara berkaitan undang-undang jenayah Syariah menjadi lebih jelas dan tidak wujud kelompangan. Ini dapat menutup ruang cabaran undang-undang dibuat oleh mana-mana pihak terhadap kompetensi Badan Perundangan Negeri dalam menggubal undang-undang jenayah Syariah sekaligus memperkukuhkan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia dan perlaksanaannya selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.<\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 1.92%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 1.92%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":12,"featured_media":94202,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94269"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=94269"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94269\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":94270,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94269\/revisions\/94270"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/94202"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=94269"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=94269"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=94269"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}