{"id":94545,"date":"2024-02-28T11:56:00","date_gmt":"2024-02-28T03:56:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/?p=94545"},"modified":"2024-02-28T12:02:31","modified_gmt":"2024-02-28T04:02:31","slug":"nombor-pendaftaran-kenderaan-uq-lambang-identiti-integrasi-ilmu-naqli-dan-aqli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/nombor-pendaftaran-kenderaan-uq-lambang-identiti-integrasi-ilmu-naqli-dan-aqli\/","title":{"rendered":"Nombor pendaftaran kenderaan UQ, lambang identiti integrasi ilmu Naqli dan Aqli"},"content":{"rendered":"
NILAI\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melancarkan siri nombor pendaftaran “UQ” yang dibuka untuk bidaan mulai 20 Februari 2024 sehingga 29 Februari 2024 ini.<\/p>\n
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Naib Canselor USIM Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani,\u00a0 bersempena Majlis Amanat beliau yang berlangsung baru-baru ini.<\/p>\n
Prof Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, pemilikan nombor pendaftaran USIM \u201cUQ\u201d menjadi simbolik dan mempunyai makna yang mendalam kepada \u201cUniversiti Quran\u201d mengambil kira niche USIM yang membawa warganya mengamalkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.<\/p>\n
\u201cSaya berharap agar pemilikan nombor pendaftaran \u201cUQ\u201d ini mendapat sokongan padu oleh semua masyarakat serta warga USIM termasuk alumni. Nombor pendaftaran ini sangat dekat di hati warga dan alumni USIM dalam memastikan perasaan \u201csense of belonging\u201d kekal dalam diri\u201d, katanya lagi.<\/p>\n