{"id":95432,"date":"2024-04-22T16:06:58","date_gmt":"2024-04-22T08:06:58","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-lantik-irmohizam-jadi-profesor-adjung-fsu\/"},"modified":"2024-04-22T17:02:39","modified_gmt":"2024-04-22T09:02:39","slug":"usim-lantik-irmohizam-jadi-profesor-adjung-fsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/usim-lantik-irmohizam-jadi-profesor-adjung-fsu\/","title":{"rendered":"USIM lantik Irmohizam jadi Profesor Adjung FSU"},"content":{"rendered":"
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lalu hingga 31 Mac 2026.<\/p>\n
WTCKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, fungsi Irmohizam sebagai Profesor Adjung di FSU USIM adalah untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam undang-undang kepada warga FSU serta menjadi penasihat, selain terbabit dalam menilai dan memberi input kepada kurikulum dan program yang ada di fakulti berkenaan.<\/p>\n
“Beliau akan menambah nilai kepada USIM dengan menyampaikan syarahan dan menyertai dialog serta seminar dalam bidang kepakaran beliau kepada pelajar dan kakitangan universiti berkenaan.<\/p>\n
“Beliau bakal memainkan peranan penting dalam mempromosi USIM menerusi acara pameran, dialog, seminar dan persidangan antarabangsa serta membantu membimbing USIM dengan memberikan pandangan strategik berkaitan akademik dan pengantarabangsaan.<\/p>\n
“Sebagai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), beliau berhasrat untuk memperkenalkan dan mendedahkan USIM di peringkat global dengan rangkaian ahli Pusat Dagangan Dunia yang lain,” katanya.<\/p>\n
Menurut kenyataan itu, watikah pelantikan berkenaan telah disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani dan disaksikan Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali; Dekan FSU, Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh serta Timbalan Dekan Akademik FSU, Prof Madya Dr Izawati Wook.<\/p>\n
Sementara itu, Irmohizam berkata, pelantikan berkenaan amat bermakna kerana permulaan karier beliau sebelum ini adalah dalam bidang undang-undang.<\/p>\n
“Pelantikan ini sangat bermakna buat saya kerana pada asalnya karier saya bermula dengan bidang undang-undang. Saya sedia pikul tanggungjawab ini serta menyumbang secara positif kepada pertumbuhan dan pembangunan FSU USIM.<\/p>\n
“Saya seronok untuk membabitkan diri dalam bidang undang-undang dan akan memastikan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya akan dikongsikan dengan sebaiknya dengan warga USIM.<\/p>\n
“Saya berharap untuk memberikan perspektif yang baharu dengan pengalaman saya yang kepelbagaian kepada warga FSU USIM,” katanya.<\/p>\n
<\/p>\n
<\/p>\n
<\/p>\n
sumber: Berita Harian<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lalu hingga 31 Mac 2026. WTCKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, fungsi Irmohizam sebagai Profesor Adjung di […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":95430,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[215,216],"tags":[],"class_list":["post-95432","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-berita-kampus"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/95432","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=95432"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/95432\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":95433,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/95432\/revisions\/95433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/95430"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=95432"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=95432"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=95432"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}