{"id":99477,"date":"2024-12-05T14:34:18","date_gmt":"2024-12-05T06:34:18","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/mengimbangi-dua-dunia-graduan-usim-bukti-kehebatan-hafalan-dan-kejuruteraan\/"},"modified":"2024-12-05T14:34:18","modified_gmt":"2024-12-05T06:34:18","slug":"mengimbangi-dua-dunia-graduan-usim-bukti-kehebatan-hafalan-dan-kejuruteraan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/mengimbangi-dua-dunia-graduan-usim-bukti-kehebatan-hafalan-dan-kejuruteraan\/","title":{"rendered":"Mengimbangi dua dunia: Graduan USIM bukti kehebatan hafalan dan kejuruteraan"},"content":{"rendered":"<p>NILAI \u2013 Minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan sejak kecil telah mendorong Firdaus Zaid, 23, mencapai kejayaan membanggakan apabila berjaya menggenggam ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik pada Sidang Kedua di Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.<\/p>\n<p>Firdaus, anak kelima daripada tujuh beradik dari Dungun, Terengganu, turut mempunyai latar belakang istimewa sebagai seorang hafiz Al-Quran. Beliau memulakan hafalan sejak Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun dan menamatkan hafalan 30 juzuk dalam masa empat tahun.<\/p>\n<p>Mengenang pengalaman belajar semasa pandemik COVID-19 pada Oktober 2020, Firdaus mengakui bahawa cabaran pembelajaran dalam talian menjadi halangan besar.<\/p>\n<p>\u201cKetika itu, saya rasa agak sukar memahami pelajaran secara dalam talian kerana tiada interaksi secara langsung dengan pensyarah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Namun, beliau bersyukur kerana menjadi antara pelajar terawal dibenarkan kembali ke kampus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan untuk pelajar dengan keperluan khas.<\/p>\n<p>Selain cemerlang dalam akademik, Firdaus juga aktif dalam bidang sukan. Baru-baru ini, beliau mewakili USIM dalam Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 bagi acara bola tampar berkumpulan.<\/p>\n<p>Apabila ditanya bagaimana beliau membahagikan masa antara pengajian dan hafalan Al-Quran, Firdaus berkata beliau sentiasa memastikan waktu khusus setiap hari untuk mengulangkaji hafalan.<\/p>\n<p>\u201cBiasanya saya tetapkan masa selepas solat Subuh dan Maghrib untuk membaca atau mengulang hafalan, dan yang penting, saya lakukan setiap hari tanpa gagal,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Mengakhiri temu bual, Firdaus menitipkan nasihat yang menjadi pegangan hidupnya, \u201cJaga hubungan dengan Allah. Apabila kita kembali kepada Tuhan, segala ujian akan terasa ringan dan hati kita akan tenang,\u201d katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang kejuruteraan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Oleh: Muhamad Faris Mohd Faisal<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI \u2013 Minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan sejak kecil telah mendorong Firdaus Zaid, 23, mencapai kejayaan membanggakan apabila berjaya menggenggam ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik pada Sidang Kedua di Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Firdaus, anak kelima daripada tujuh beradik dari Dungun, Terengganu, turut mempunyai latar belakang istimewa sebagai seorang hafiz [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":99475,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/99477"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=99477"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/99477\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/99475"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=99477"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=99477"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=99477"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}