UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil.

Skim Perkhidmatan

Gred Skim

Taraf Jawatan

Penempatan

Skop Tugas

1.

 Pegawai Tadbir

N41

Kontrak

Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik dan hubungan antarabangsa. Calon yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab dengan baik amat digalakkan.

2.

Pembantu Kemahiran (Paip)

H19

Kontrak

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

3.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)

N19

Kontrak

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter, pemprosesan, pengumpulan data maklumat dan membantu urusan kewangan. Calon yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik atau mahir dalam bidang grafik amat digalakkan.

4.

Pembantu Akauntan

W19

Kontrak

Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.

5.

Pemandu Kenderaan

H11

Kontrak

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

(Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen PSV dan berpengalaman membawa bas.)

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi Sistem Pengambilan Kakitangan E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 15 Disember 2016 (Khamis).  Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  3. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988114/8113.

Tarikh tutup permohonan : 28 Disember 2016 (Rabu)