MISI USIM 2022

MISI USIM 2022 adalah merupakan misi jangkamasa sederhana USIM yang bertujuan menjadikan USIM sebuah Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi menjelang tahun 2022.

Ia adalah roadmap dalam merealisasikan misi utama USIM untuk Menghasilkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat.

5 Teras Strategik USIM 2022

Bagi memacukan kejayaan MISI USIM 2022, lima Teras Strategik telah dirancangkan seperti berikut yang masing-masing di terajui oleh sebahagian dari ahli-ahli JawatanKuasa Pengurusan Universiti (JKPU):

Slide LIBATSAMA
MASYARAKAT
KELESTARIAN KEWANGAN
PENGIKTIRAFAN
PELAJAR GRADUAN & ALUMNI PENERAJU :
Profesor
Dr. Mohammad
Hamiruce Marhaban
( TNC Penyelidikan
& Inovasi )
PENERAJU :
Profesor Madya
Dr. Mohd Rushdan
Mohd Jailani
( TNC Hal Ehwal
Pelajar & Alumni )
PENERAJU :
Profesor
Dr. Abdul Rahim
Abdul Rahman
( TNC Akademik
& Antarabangsa )
PENERAJU :
Profesor
Dr. Mohd Yahya
Mohamed Ariffin
( PNC Perancangan
Strategik &
Pengantarabangsaan )
PENERAJU :
Profesor Madya
Dr. Asmaddy Haris
PNC ( Pengurusan
Infrastruktur,
Perancangan
Pembangunan Dan
Projek Khas )
Slide TERAS STRATEGIK 1 : GRADUAN & ALUMNI Teras Strategik ini bertujuan menghasilkan Profesional Berintegriti, Kompeten dan Berdaya Saing
dari graduan & alumni USIM.
Kembali
Slide TERAS STRATEGIK 2 : PELAJAR Fokus Teras Strategik 2 pula adalah bertujuan membentuk pelajar USIM menjadi pelajar yang
Beradab, Holistik dan Seimbang dalam tempoh pembelajaran mereka di USIM.
Kembali
Slide TERAS STRATEGIK 3 : LIBATSAMA MASYARAKAT Adalah penting bagi USIM menjadi sebahagian dari komuniti dan masyarakat setempat agar
keberadaan dan kejayaan USIM dapat di rasai dan kepakaran USIM dapat di aplikasi untuk
kemanafaatan masyarakat, melalui konsep Quintuple Helix.
Kembali
Slide TERAS STRATEGIK 4 : KELESTARIAN KEWANGAN Teras Strategik 4 ini bertujuan memastikan Kelestarian Kewangan USIM sentiasa terjaga melalui
kepelbagaian sumber dana dan perbelanjaan berhemah terutama dalam mengurangkan ketirisan
kewangan di semua peringkat operasi.
Kembali
Slide TERAS STRATEGIK 5 : PENGIKTIRAFAN PENGIKTIRAFAN adalah penting bagi USIM bagi menjana Kesarjanaan Berimpak dalam Membina Kebitaraan Ummah (Ummah yang Unik) yang akan membantu USIM menarik lebih ramai lagi pelajar, penyelidik, pakar-pakar serta ahli akademik bersama membangunkan USIM untuk generasi akan datang. Menjelang tahun 2022, USIM berhasrat untuk mencapai pengiktirafan tertinggi SETARA 6 dari Kementerian Pendidikan Tinggi. Kembali

7 Sasaran Tahunan Utama untuk Tahun 2020

Dalam mengorak langkah ke arah 2022, USIM telah menetapkan tujuh sasaran tahunan untuk tahun 2020 seperti berikut: