26
Beberapa sekolah yang terlibat dalam projek ini adalah MRSM Gemencheh, Sekolah
Menengah (SMA) Nilai, Negeri Sembilan, Sekolah Agama Menengah (SAM) Sungai
Merab Luar, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, Melaka, SAM
Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, SMA Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan, SMKA
Sheikh Haji Mohd Said Seremban, Negeri Sembilan, Maahad Tahfiz Pahang dan
SMA (Arab) An Nur, Johor.
Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2012 – Jom Masuk U
USIM telah menyertai KPTN 2012 - Jom Masuk U yang dianjurkan secara bersama
oleh semua IPTA dan KPT. Program ini berbentuk promosi yang disasarkan kepada
pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Sebanyak 11 siri KPTN 2012 - Jom Masuk U
telah diadakan dan disertai oleh USIM. USIM juga telah menjadi tuan rumah KPTN
2012, Zon 7 bertempat di Dataran Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
pada 3 dan 4 Mac 2012. KPTN yang telah diadakan ini membantu pelajar sekolah
mendapatkan maklumat yang jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT
termasuk program yang ditawarkan mengikut kesesuaian dan kelayakan akademik
pelajar. Dianggarkan seramai 555,000 orang telah mengunjungi KPTN sepanjang
11 siri yang diadakan.
Jadual 1.4 : Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara - Jom Masuk U
BIL
LOKASI KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA “JOM MASUK U”
1 Sultan Ahmad Shah Convention Centre, Kuantan, Pahang
2 Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu
3 Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
4 Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
5 Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
6 Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan
7 Dataran Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
8 Permata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
9 Arena Square, Kuala Kangsar, Perak
10 Persada Johor International Convention Centre, Johor
11 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur