LAPORAN TAHUNAN 2012 : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) - page 30

30
18 Festival Nasyid Piala Naib Canselor
UITM (FENU’12)
IPTA
Johan dan Anugerah Vokal
Terbaik
19 Pertandingan Berzanji dan Marhaban
Peringkat Negeri Sembilan
Negeri
Johan dan Anugerah Vokal
Terbaik
20 Festival Nasyid, Berzanji dan
Marhaban Peringkat Negeri Sembilan
Negeri
Johan Nasyid Tradisi (Kumpulan
Nasyid Intracksee) dan Johan
Nasyid Moden (Kumpulan
Nasyid Azra)
Grooming and Finishing School
USIM telah melaksanakan lapan aktiviti di bawah Projek
Grooming and Finishing
School
yang melibatkan 1733 penyertaan pelajar. Antara program yang dilaksanakan
adalah Program Jom Rancang mengikut setiap fakulti. Menerusi program tersebut,
pelajar didedahkan dengan petua-petua menghadapi temu duga. Selain itu, USIM juga
telah menganjurkan Karnival Eksplorasi Kerjaya (CAREX). Program tersebut bertujuan
membuka ruang kepada pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat agensi-agensi
awam dan swasta yang berkait rapat dengan kerjaya yang bakal mereka ceburi.
Pengalaman berinteraksi dengan agensi-agensi ini telah menjadikan pelajar lebih
bersedia dan berkeyakinan ketika mencari peluang pekerjaan.
Dakwah dan Kepimpinan
Aspek dakwah dan kepimpinan juga dititikberatkan dalam aktiviti yang dijalankan
oleh pelajar. Sejumlah 49 program telah dilaksanakan di bawah Projek Dakwah
dan Kepimpinan melibatkan 22,862 penyertaan pelajar. Penekanan kepada aspek
kepimpinan dan dakwah amat penting untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati
diri mapan dan berupaya menerajui kepemimpinan negara pada masa hadapan.
Antara program yang telah dijalankan adalah Kem Aspirasi Dakwah Remaja Islam,
Bengkel Motivator Muda Islam dan Pembangunan Kompetensi Rais dan Raisah LIQA’.
I...,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 31,32,33,34,35,36,37,38,39,40,...170
Powered by FlippingBook