Negeri Sembilan begitu sinonim dengan jolokan
negeri yang mengamalkan Adat Perpatih. Adat
perpatih ini merupakan adat yang begitu unik
dan amat berbeza dengan adat yang diamalkan di
negeri-negeri lain. Ia telah menjadi warisan turun
temurun bagi masyarakat di Negeri Sembilan.
Pengamatan adat perpatih ini begitu luas dan ia
lebih menjurus kepada sistem pentadbiran bagi
sesebuah keluarga atau keturunan yang dikenali
sebagi Suku. Di Negeri Sembilan terdapat 12 jenis
suku iaitu Suku Biduanda, Batu Hampar, Paya
Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang,
Seri Lemak, Batu Belang, Tanah Datar, Anak
Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batu.
Selain itu, masyarakat di Negeri Sembilan yang
mengamalkan Adat Perpatih juga mempunyai
kesenian dan kebudayaannya yang tersendiri melalui
muzik tradisional, seni tarian, pakaian dan seni bina
rumah.
WARISAN
NEGERI SEMBILAN
138
Seni Bin a Rumah
Pak a i an




