131
KRA 6
Mengamalkan Sistem Pentadbiran yang Cekap, Berkesan dan Berintegriti
i.
Sistem ePrestasi Cuti Belajar
Sistem ePrestasi Cuti Belajar adalah tambahan skop/submodul kepada
Sistem ePrestasi Akademik sedia ada. Sistem ini merangkumi pemantauan
prestasi pengajian staf dan Felo Siswazah sedang bercuti belajar yang
dilakukan secara atas talian sebanyak dua kali setahun iaitu pada
Jun dan Disember. Sistem ini dapat memperkasa dan menambahbaik
proses pemantauan prestasi pengajian staf dan Felo Siswazah sedang
bercuti belajar dan juga dapat memperkemaskan pelaporan prestasi
pengajian Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar USIM.
ii.
Sistem myOT
Sistem myOT adalah Sistem Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa yang
dibangunkan untuk membantu dalam proses pengiraan, penyemakan
dan pembayaran tuntutan kerja lebih masa secara atas talian
(
online
) yang merangkumi proses arahan kerja, permohonan tuntutan,
pengesahan peringkat jabatan sehingga ke proses bayaran. Sistem ini
telah mula diguna pakai bermula Mei 2012 bagi proses tuntutan bulan
April 2012.
Sistem ini telah berjaya mencapai objektif pembangunan untuk
menjadikan proses tuntutan elaun kerja lebih masa sebagai satu proses
yang bersistematik, membolehkan proses permohonan dan pembayaran
dilaksanakan dengan lebih berkesan, tepat dan mudah. Selain itu,
sistem ini membantu dalam proses penyemakan pengiraan tuntutan
yang standard dan boleh diautomasikan proses pembayaran tuntutan
OT bersama proses gaji bulanan staf.