133
KRA 6
Mengamalkan Sistem Pentadbiran yang Cekap, Berkesan dan Berintegriti
Sistem Aduan ICT
Sistem Aduan ICT merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi membantu Pusat
Teknologi Maklumat dalam menguruskan aduan berkaitan ICT seperti aduan kerosakan
perkakasan, masalah perisian, ralat sistem dan sebagainya. Sistem Aduan ICT ini
merupakan salah satu pakej sistem yang diperoleh semasa pembangunan Sistem
Maklumat Universiti (SMU) pada 2004 sehingga 2006. Sistem Aduan ICT ini
merangkumi Modul Aduan, Modul Petugas, Modul Penyelenggara dan Modul Laporan
dan Statistik bagi melicinkan proses rekod aduan kerosakan di Pusat Teknologi Maklumat
selain dapat membantu proses pemantauan status tindakan yang telah diambil oleh
setiap petugas.
Sistem Aplikasi Akademik dan Pelajar
Sistem di bawah Unit Aplikasi Akademik dan Pelajar adalah memberi fokus kepada
sistem yang berkaitan dengan servis pelajar dan tenaga akademik. Berikut adalah
senarai sistem baru dan sistem yang diperluaskan:
i.
Sistem Latihan Industri (eLi)
Sistem Latihan Industri ini adalah sistem yang melibatkan proses
merekodkan maklumat latihan industri sebelum ini dibuat secara manual
oleh fakulti. Proses utama sistem adalah merangkumi permohonan
latihan industri, status tawaran, merekodkan buku log aktiviti, maklumat
penilaian dan pemarkahan. Bagi proses penilaian dan buku log aktiviti
ianya diakses oleh penyelia industri dan kini telah 300 organisasi
menggunakannya. Sistem ini telah menerima Anugerah Inovasi dan
Rekacipta sempena Minggu Kualiti USIM. Selain itu, sistem ini juga
tersenarai pendek dalam 10 calon sistem Anugerah MyGOSCON.
ii.
Sistem Penilaian Kemahiran Insaniah (ePKI)
Pelaksanaan sistem ePKI adalah selaras dengan tuntutan dalam bidang
keberhasilan utama USIMKRA 2009-2020. USIM KRA1 diperuntukkan
untuk meluaskan akses bagi membentuk dan melahirkan graduan
yang holistik serta berdaya gaji tinggi yang diketuai oleh TNC HEPA.
Dengan terlaksananya sistem ePKI ini, pihak USIM dapat mengenal
pasti tahap kemahiran pelajar yang menyokong CAP7:
Holistic Student
Development
(HSD).
Terdapat sembilan eleman yang diambil kira di dalam analisis ePKI
antaranya kemahiran berkomunikasi, kemahiran pemikiran kritis
dan penyelesian masalah, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran
keusahawanan, kemahiran etika dan moral profesional, kemahiran
kepimpinan, kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran berbahasa
Arab.