Loading...

Pengenalan

Laman Utama/Pengenalan
Pengenalan 2016-10-21T10:18:13+00:00

LATAR BELAKANG

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk  integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi  keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga.  Pendekatan yang ditampilkan oleh  USIM,  merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli).

Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman   yang komprehensif serta   menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa.

INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI

Model pendidikan di USIM adalah berlandaskan kepada beberapa prinsip asas yang mengintegrasikan Sains Islam dengan Sains Sosial dan Fizikal yang bukan sahaja memberikan pemahaman secara menyeluruh mengenai cabaran  global semasa, malah menawarkan kaedah baharu dalam mendekati dan menyelesaikannya. Nilai universal terdapat dalam nilai-nilai Islam dan sejarah juga telah membuktikan bahawa nilai-nilai ini boleh dikongsi oleh manusia sejagat; hidup bersama secara harmoni dengan saling menghormati dan bersikap toleransi sesama manusia. Ini juga merupakan usaha ke arah mengembalikan semula nilai-nilai ilmu saintifik dan teknologi oleh sarjana Muslim dahulu dan terus memacunya ke hadapan.

Nilai-nilai ini telah diterapkan kepada para graduan USIM sehingga mereka menjadi profesional dan pakar rujuk dalam bidang masing-masing.  Mereka juga turut bersedia untuk menyumbang dan membuat perubahan kepada masyarakat sejagat.

USIM bertekad cemerlang dalam tiga landasan melalui program akademik dan penyelidikan. Antaranya ialah:

Pengajian Islam, Quran dan Sunnah
Sains Islam, Teknologi dan Kejuruteraan
Kesusasteraan Islam, Sains Sosial dan Kemanusiaan

Ketiga-tiga landasan ini disokong oleh lima (5) Pusat Kecemerlangan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan persekitaran penyelidikan.

Ketahui lebih lanjut mengenai Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli