PULAU PINANG, 22 April 2019 – Pasukan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang emas dan anugerah inovasi di Novel Research and Innovation Competition (NRIC) bagi produk The Flicker: Instant Secure Communication System (Kategori Information Technology and Communication) yang berlangsung di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 19 hingga 21 April lalu disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, USM.
Bertemakan Tranversing Complexities With Global Deviation, NRIC kali ini menyaksikan USIM juga berjaya menggondol pingat gangsa bagi tiga produk lain iaitu FaST LaB : Forensic Sciences Kit (Kategori Fundamental Science), A Green Method For Extracting High-Value Biopolymers from Malaysian Agriculture Wastes using a Low-Cost Ionic Liquid (Kategori Engineering and Technology) dan satu-satunya wakil pasukan dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) mengetengahkan produk inovasi dinamakan Qalam Khat (Kategori Social Transformation and Creative Arts).

“Kejayaan ini menjadi pendorong buat pasukan untuk lebih memajukan diri di dalam bidang inovasi terutamanya dalam bidang sains komputer. Kelebihan yang ada pada The Flicker adalah terjamin selamat, penghantaran data yang pantas serta menjimatkan tenaga,” ucapnya mewakili pasukan pelajar iaitu Nafisah Kamaruzzaman, Hanani Faqihah Dzulkheplay, Aina Nazirah Abdul Ghaffar, Syed Muhd Ibrahim Syed Mud Puad dan Syafiq Iskandar Sham Suri.
“The Flicker menyelesaikan masalah ini menggunakan teknologi lazer yang mempunyai kelajuan sehingga 100 Gbps dan sukar untuk dikesan musuh ketika dalam keadaan getir,” tambahnya lagi.

Pasukan FST di bawah seliaan Dr Shikh Mohd Shahrul Nizan Shikh Zahari pula telah menghasilkan produk inovasi bercirikan mesra alam untuk 

YBhg Prof Dato Dr Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi gembira dan berbangga dengan penyertaan dan pencapaian pelajar dalam NRIC kali ini.
“Kita berharap agar aspek inovasi dalam kalangan pelajar USIM akan terus meningkat dan lebih maju jaya di masa akan datang,” ucapnya.
Ditubuhkan pada tahun 2006, pertandingan berprestij ini telah menanamkan kepentingan penyelidikan dan inovasi di kalangan projek pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini untuk menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing kepada khalayak umumnya dan kepada individu dari barisan hadapan industri khususnya.
Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

