Pemahaman Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (iNaQ)
Pengintegrasian Ilmu
Kedua-dua bidang ilmu ini diintegrasikan berasaskan paradigma tauhid iaitu pengiktirafan bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Mengetahui sebagai sumber ilmu dan amalan keilmuan keseluruhannya adalah suatu bentuk ibadat kepadaNya.
Falsafah USIM yang mengangkat martabat integrasi ilmu naqli dan aqli ini adalah untuk mendukung kesemua ilmu tradisional dan moden demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Garis Panduan Penerbitan Video iNaQ
Panduan Kandungan
- Pilihan nas dari Al Quran atau Hadith (sekurangnya 1 nas)
Pegawai Yang Dinilai (PYD) memilih ayat Al Quran atau Hadith yang hendak diamalkan dan sebaiknya hendaklah nas yang jelas dan tiada khilaf padanya
- Semakan kefahaman
PYD merujuk nas tersebut (secara lisan) kepada pensyarah bidang pengajian Islam di USIM untuk mengelak keraguan/kekeliruan dan salah faham terhadap nas (boleh dirujuk juga)
- Prinsip hidup yang dibina dari nas
PYD membina prinsip hidup daripada nas yang dipilih
- Niat ketaatan kepada perintah Allah
PYD mengaitkan amalannya terhadap nas tersebut sebagai ketaatan terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah atau Rasulullah Nya SAW
- Pelaksanaan
PYD menentukan cara mengaplikasikan nas tersebut dalam aktiviti hariannya di tempat kerja
- Penyediaan video
PYD menghasilkan video cara mengaplikasikan nas tersebut dalam aktiviti hariannya di tempat kerja
Panduan Teknikal
- PYD dikehendaki berpakaian mengikut Kod Etika Pemakaian USIM semasa menghasilkan rakaman
- PYD dibenarkan menghasilkan rakaman video ini secara individu atau secara berkumpulan tidak melebihi daripada lima (5) orang daripada Pusat Tanggungjawab yang sama.
- PYD dibenarkan menggunakan peralatan merakam seperti telefon pintar/perakam video/kamera untuk menghasilkan
- Rakaman video ini hendaklah berdurasi di antara minimum 30 saat hingga maksimum 180 saat
- Rakaman video ini hendaklah dihantar dalam format MP4/MPEG4
- Rakaman video ini hendaklah mempunyai resolusi minimum HD 720p (1280 x 720 pixel)
- PYD hendaklah menggunakan jenis font yang mudah dibaca dengan saiz font yang bersesuaian
- Muzik latar belakang dalam rakaman video ini, hendaklah berstatus bebas royalti atau hakcipta nya atas pemilik rakaman video ini
- Rakaman video ini hendaklah tidak mengandungi unsur unsur yang menyentuh sensitiviti kaum, politik, agama dan menghina
- Had saiz fail rakaman video ini hendaklah tidak melebihi 100mb
Klik untuk tonton video