NILAI, 2 OGOS 2016 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini disambut meriah oleh para warga kampus dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari berlangsung meriah dengan dikunjungi hampir 2000 orang tetamu.

Diurusetiakan oleh Badan Kebajikan dan Kakitangan (BKK) USIM, lebih 20 jenis juadah disediakan oleh pelbagai Jabatan seperti Nasi Kerabu, Mee Bandung, Sate, Kuih Muih, Laksa, Cendol, Nasi Briyani, Buah-buahan, Nasi Dagang, Bihun Sup dan Nasi Arab.

Pada majlis ini, Universiti turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan-kakitangan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri lalu antaranya terdiri daripada kakitangan Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Turut diadakan penyampaian hadiah kepada gerai makanan yang paling kreatif, ceria dan terlaris. Gerai terlaris dimenangi oleh gabungan PTJ FKAB & FST, Gerai Paling Kreatif dimenangi oleh Jabatan Pendaftar & JUU dan Gerai Paling Ceria dimenangi oleh Pejabat Naib Canselor, StraComm, PPKPK dan Jabatan Keselamatan.

Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu iaitu rakan strategic USIM dan Media yang bekerjasama dengan USIM selama ini.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204