Project Description
BACKGROUND
Kutipan zakat di Malaysia masih belum mencapai tahap yang maksimum. Pada 2015, hanya 260 ribu daripada 3 juta rakyat Selangor yang menunaikan zakat harta. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah tahap kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kewajipan berzakat masih lagi rendah. Justeru, kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan dan kewajipan berzakat perlu diterapkan di setiap peringkat umur seawal di bangku sekolah sehingga kea lam pekerjaan. Menyedari hal ini, sebuah inovasi baharu telah diperkenalkan iaitu permainan ilmiah, Global Zakat Game (GZG). GZG merupakan permainan papan bertemakan zakat yang bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terutamanya pelajar dan amil terhadap konsep zakat serta memperkasakan kemahiran pengiraan zakat. GZG menyediakan kepada pengguna konsep zakat yang menyeluruh melalui tahapan soalan IQ yang berbeza serta kaedah pengiraan zakat meliputi semua jenis zakat termasuk zakat pendapatan, perniagaan, penternakan, pertanian, emas dan harta karun. GZG turut bersifat global iaitu diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Pengenalan GZG versi 2.0 adalah lanjutan daripada versi sebelumnya yang telah melalui beberapa penambahbaikan iaitu dilengkapi dengan aplikasi android. GZG diyakini mampu menjadi bahan bantu mengajar yang interaktif dan mengasyikkan serta mampu membawa pelajar dan amil memahami konsep zakat dengan lebih mudah.