Perkhidmatan bas bagi Pelajar USIM disediakan bermula pada jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam (Bagi pelajar yang menghuni Kolej Kediaman Nilam Court trip pagi adalah bermula seawal jam 6.45 pagi. )

Perkhidmatan bas Shuttle turut disediakan untuk pergerakan semua pelajar-pelajar USIM didalam kampus. Bas shuttle juga terhad kepada maksimum 3 bas pada satu-satu masa. Justeru digalakkan berjalan didalam kampus.

Semua perkhidmatan bas kuliah di kolej-kolej kediaman  luar kampus ke kampus USIM dihentikan pada jam 11 pagi hingga 1 petang dan 3 petang hingga 5 petang dan digantikan dengan shuttle kampus.

Perkhidmatan bas juga akan dihentikan dari jam 8.15 malam hingga jam 10.00 malam dan pada waktu solat Jumaat dari jam 12.35 hingga jam 2.00 petang.