Pusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada staff dan pelajar USIM termasuk perkhidmatan pesakit luar, “oncall”, kecemasan dan “standby”, Perkhidmatan Haemodialisis, Perkhidmatan Pergigian dan perkhidmatan “Wellness    Clinic” yang terdiri daripada Gimnasium dan Rehabilitasi

Unit Kesihatan Pelajar kini mempunyai 11 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Farmasi, 3 orang Jururawat, 1 Penolong Pegawai Tadbir, 1 Pembantu Tadbir, 1 Attendan Kesihatan dan 2 orang pemandu ambulans. Perkhidmatan Pegawai Perubatan Locum turut disediakan bagi Pegawai Perubatan sedia ada merawat pesakit yang puratanya mencecah 40 orang pesakit dalam tempoh satu hari bekerja.