Objektif Kualiti USIM

  1. Memberikan perkhidmatan berkualiti yang memuaskan dan lazimnya melebihi kehendak dan harapan pelanggan USIM
  2. Mewujud dan mengekalkan satu persekitaran kerja berpasukan antara kakitangan dan pelanggan secara profesional
  3. Berada di bawah sasaran peruntukan bajet yang ditetapkan dalam semua komponen dengan menggunakannya secara optimum.

Dasar Kualiti

USIM bertekad dan beriltizam untuk menjadi sebuah Universiti Awam bertaraf antarabangsa yang berteraskan Pengajian Islam dan keperluan Syariah dengan membudayakan Sistem Pengurusan Kualiti dan berusaha untuk meningkatkan amalan ini secara berterusan dalam:

  • Memberikan perkhidmatan yang bertepatan dengan kehendak pelanggan dan stakeholders Universiti;
  • Menyediakan pendidikan dan sistem pengurusan yang cekap dan berkualiti ke arah pemartabatan Pendidikan Islam yang relevan kepada kehendak sejagat; dan
  • Menggunakan Amalan Terbaik untuk melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan sepadu dan modal insan yang menghayati moto :

    “Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa”