USIM dan MUIS Perkukuh Pendidikan Kehakiman Syarie di Sabah

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang perundangan dan kehakiman syarie di Sabah semalam. Majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM [...]