USIM raikan Hari Akademia Malaysia 2025: Integrasi AI Jadi Fokus

NILAI  – Sebagai tanda sokongan terhadap agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih sebagai penganjur bersama Majlis Sambutan Hari dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor (DTC), USIM. Majlis berprestij ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. [...]