NILAI, 12 APRIL 2015- Seramai 36 mahasiswaDiploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) melebarkan sayapnya kepantai timur menerusi program ‘Kembara Nurani Semarak Impian’ yang diadakan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 8 hingga 12 April baru-baru ini.
Program yang ini bertujuan untuk melawat pusat-pusat pemulihan di pantai Timur bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan yang dijalankan selain berkongsi buah fikiran dan informasi mengenai gejala penyalahgunaan dadah.
Selaku penasihat program ini, Dr. Mohd Isa b.Kamal berkata program ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat terutamanya mahasiswa SPADA kerana mereka sendiri boleh melihat dan mempelajari perkara-perkara diluar pembelajaran. Hal ini kerana mahasiswa hanya mempelajari teoritikal sahaja. Wujudnya aktiviti seperti ini dapat membuka mata dan fikiran mahasiswa dalam membendung masalah dadah di Malaysia terutamaya dikalangan mahasiawa itu sendiri.
Menurut Pengarah program, Puan Khairin Fariza Kamarul Bahrin, pelajar-pelajar SPADA komited membantu kerajaan Malaysia dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta mencari langkah efektif agar gejala ini dapat dikurangkan seterusnya merealisasikan hasrat Negara untuk menjadi bebas dadah menjelang 2015.
“Melihat kepada kepelbagaian teknik rawatan pemulihan yang digunakan di setiap pusat pemulihan tersebut, saya bersetuju bahawa tiada teknik yang khusus untuk seorang penagih kecuali teknik itu perlu memenuhi setiap keperluan individu penagih yang menjalani rawatan.” kata beliau.
Beliau turut menjelaskan perkara yang perlu dilakukan, untuk mencapai matlamat sifar dadah adalah semangat dan usaha yang berterusan untuk melihat masyarakat bebas dadah di samping mewujudkan warganegara yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual sekaligus melahirkan warganegara yang berminda kelas pertama.
“Masyarakat sekeliling seharusnya memberi semangat dan membantu mereka untuk melalui fasa perubahan tersebut dengan tidak memandang serong kepada bekas-bekas penagih ini.” ujar beliau.
Tambah beliau antara, objektif lain program ini adalah bertujuan memberi pendedahan mengenai maklumat dan kefahaman tentang modul rawatan dan pemulihan yang digunakan institusi pemulihan dadah yang dilawati di samping membina hubungan erat di antara pihak universiti dengan masyarakat seterusnya memastikan apakah bentuk sumbangan yang boleh diusahakan oleh pihak mahasiswa.
Menurut Penolong Pengarah Rawatan dan Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kelantan, Encik KhairulAzmi b Mohamad berkata, setiap penagih yang telah melakukan kesilapan lampau haruslah berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut.
“Setiap anak ada melakukan kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang bersalah adalah mereka yang bertaubat kepada Allah s.w.t,” kata beliau ketika ditemuramah di majlis makan malam bertempat di Restauran Sri Chengmai Kota Bharu, Kelantan.
Antara tempat lawatan yang dikunjungi sepanjang program ini ialah Pusat Pemulihan Wanita Bachok, Pusat Pemulihan Remaja (Cure&Care) Kota Bharu, Baitul Taubah Jeram Pasu, Pusat Pemulihan Hati Jenagor, Drug Intervention Community Kuantan dan Bodhi Geha (Buddha Rehab Centre), Pahang.
Disediakan oleh:
Ejen Berita (EB Nur Afiradina Arshad)
Dikemaskini oleh:
PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204