NILAI, 18 MAC 2014 – Bertemakan Save a Life Today, Kempen Derma Darah Perdana berjaya dilaksanakan oleh Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Program yang berlangsung selama 2 hari itu bermula 17 dan 18 Mac bertempat di Bilik Seminar 2 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ini telah dihadiri kira-kira seramai 250 penderma yang berdaftar. Objektif penganjuran program ini adalah bagi memupuk kesedaran kepada semua peringkat kakitangan dan pelajar USIM tentang pentingnya darah kepada mereka yang sangat memerlukannya.
Oleh yang demikian, atas keperihatinan yang ditunjukkan para penderma, sebanyak 165 beg darah yang berjaya diperolehi dan ini menunjukkan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Penderma bukan sahaja dari warga Malaysia malah pelajar dan pensyarah antarabangsa turut sama prihatin menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.
Melalui penganjuran program ini, diharap dapat memberi kesedaran dan memupuk semangat saling bantu membantu agar golongan yang tidak bernasib baik ini dapat meneruskan kehidupan mereka.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Penolong Pegawai Media StraComm