NILAI, 4 September 2020 – Dalam menyebarluas maklumat, dan juga peranan serta keberadaan sesuatu universiti supaya dikenali umum, platform laman web dilihat sebagai salah satu medium yang memberi impak dalam memastikan kandungannya mencapai objektif untuk membantu pelajar atau ibubapa memilih program pengajian yang sesuai dengan anak-anak mereka.
Justeru itu, Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Bengkel Penjenamaan Laman Web Universiti yang telah disampaikan oleh Mr. Kenny Too, konsultan dari Gaventure Studio Sdn Bhd.
Seramai 29 peserta dari pelbagai latar belakang antaranya adalah dari Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar, Pusat Tahmidi, Pusat Wakaf dan Zakat, Pusat Alumni dan Kerjaya, USIM ’Alamiyyah dan Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan bagi meneroka dan meneliti isu dan cabaran kepada pembangunan laman web sedia ada.
Pengarah Pusat Komunikasi Strategik Encik Hammad Farhi Mohd Saudi berkata, bagi memperkasakan lagi fungsi laman web supaya capaian maklumat mudah dicapai oleh kumpulan sasaran beberapa strategi perlu dirancang. Terutamanya, kini semua universiti hadapi cabaran yang besar dalam mendapatkan bilangan pelajar disebabkan Covid-19, di mana membataskan program pemasaran serta aktiviti pameran yang telah dilaksanakan seperti tahun sebelumnya.
Jelas beliau lagi, tujuan penganjuran bengkel ini adalah bagi membincangkan kaedah pemasaran terkini dan relevan, serta menyediakan solusi kepada cabaran bagi membangunkan laman web universiti.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan