About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2053 blog entries.

Tabung Haji: Melampaui Peradaban dan Zaman – Syarahan Profesor Adjung Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman”

NILAI - Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Tabung Haji, merupakan profesor adjung di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah menyampaikan syarahan professor adjung pada 3 Mei 2024 bertempat di Dewan Kuliah FKP bertajuk 'Tabung Haji: Melampaui Peradaban dan Zaman'. Dato' Sri Syed Saleh dilahirkan di [...]

By |2024-05-06T17:22:28+08:00Mei 6th, 2024|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama)|

Memperkasa Belia: USIM anjur Program Kebangsaan Tunas Cekak hasrat pupuk nilai kepimpinan

NILAI - 4 Mei 2024: Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program Tunas Cekak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Peringkat Kebangsaan 2024 berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  betempat Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 4 Mei baru-baru ini. Program ini merupakan platform yang mampu mencegah masalah sosial dalam kalangan remaja serta [...]

By |2024-05-23T17:30:38+08:00Mei 3rd, 2024|Berita, Berita Kampus, Uncategorized @ms|

Model Writing Centre Universiti Hiroshima Jadi Panduan USIM

Apabila menyebut Writing Centre, beberapa perkara mesti bermain di benak kita. Antaranya ialah latihan menulis, perkhidmatan suntingan teks dan perkhidmatan bacaan pruf. Namun, konsep Writing Centre (WRC) di Universiti Hiroshima agak unik kerana memfokus kepada penulisan akademik dalam kalangan pelajar dan staf dengan memberi khidmat nasihat penulisan secara percuma. [...]

By |2024-05-06T16:06:12+08:00Mei 2nd, 2024|In our words|

Prosa Melayu Papar Naratif Insan dalam Palu Genderang

Menelusuri makna kehidupan setiap insan tentunya tidak sama. Lazimnya hidup ini bermula dari muka tanah hingga ke puncak gunung. Tidak kurang juga bermula dari puncak dan menurun ke jejak kaki bumi. Begitu resminya setiap insan melalui fasa hidup yang sudah ditakdir oleh maha pencipta. Dengan menggunakan prosa Melayu tradisi dan [...]

By |2024-05-02T16:42:54+08:00Mei 2nd, 2024|In our words|

Majlis Kalam Bitara: Penulis USIM terima lebih Rm200,000 royalti

BANGI - Seramai 1,092 penulis buku penerbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari kalangan akademik dan pentadbir dalam dan luar USIM menerima sejumlah RM194,870.00 royalti dengan jumlah 59,099 naskhah buku yang terjual oleh Penerbit USIM dalam Majlis Kalam Bitara 2024 yang diraikan bertempat di Bangi Golf Resort petang semalam. Majlis tersebut merupakan simbolik pengiktirafan dan [...]

By |2024-04-30T16:00:04+08:00April 30th, 2024|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama)|

Gema Palu Genderang meriahkan suasana di USIM

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kebudayaan telah menganjurkan program seni bertajuk "Gema Palu Genderang" yang menampilkan gabungan unik antara keindahan puisi alam Melayu dan nilai kehidupan Islam. Persembahan yang memukau itu berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM pada 27 April 2024. Turut hadir dalam acara [...]

By |2024-05-02T12:51:18+08:00April 29th, 2024|Berita, Berita Kampus|

EPIH 2024: Melahirkan Generasi Baru Pembimbing Haji dan Umrah Profesional

PORT DICKSON – Seramai 116 peserta Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH) 2024 berjaya bergraduasi dan diraikan dalam majlis yang penuh gemilang bertempat di Tasik Villa International Resort Hotel, Port Dickson pada 22 April 2024. Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji. Program [...]

By |2024-04-27T14:18:27+08:00April 27th, 2024|Berita, Berita Kampus|

2,000 tetamu hadir rai Majlis Sambutan Hari Raya USIM 2024

NILAI - Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM 2024 di Dewan Tuanku Canselor, USIM pada 25 April 2024. Turut berangkat Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan [...]

By |2024-05-02T10:30:48+08:00April 27th, 2024|Berita, Berita Kampus|

USIM lantik Irmohizam jadi Profesor Adjung FSU

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lalu hingga 31 Mac 2026. WTCKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, fungsi Irmohizam sebagai Profesor Adjung di [...]

By |2024-04-22T17:02:39+08:00April 22nd, 2024|Berita, Berita Kampus|

Dua Pelajar USIM Menjelajah Jalan Dakwah: Pengalaman Sebagai Imam Terawih di Osaka

OSAKA - Nik Ahmad Nik Aziz, 25 tahun, bersama Wan Ahmad Mujahid Wan Fajrulhisham 23 tahun, dua mahasiswa  dari Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalani pengalaman yang mengujakan di Osaka, Jepun dengan menjalani latihan industri di Pusat Dakwah Jepun sebagai imam terawih. Selain memimpin solat tarawih, dia dan rakannya [...]

By |2024-04-08T12:57:27+08:00April 8th, 2024|Berita, Berita Kampus|
Go to Top