USIM Ungguli Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024
SHAH ALAM – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) pada peringkat akhir pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 sekali gus dinobatkan sebagai johan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam, semalam. USIM membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, termasuk geran Sekretariat [...]









